Wallaaaa..
Hello readers semua! Happy Saturday!
(ehehe, bukan main gembira lagi Ekin hari ni hari Sabtu)
Hujung minggu macam ni selalunya Ekin akan berehat dekat rumah je. Sambil menikmati angin sepoi sepoi bahasa. Tenang je rasa. DAN, sepatutnya hari ni Ekin dengan family akan ke Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kepada kawan ayah Ekin ni. Tapi, plan tak menjadi pula. Terpaksalah duduk bersantai semula dekat rumah. Agagaga.
Bila duduk dekat rumah ni, tahu-tahu jelah perut ni asyik minta makanan je. Kihkihkih. Nasib baik lah ibu Ekin ni rajin melayan selera anak dia. Ibu Ekin pulak macam tahu-tahu je apa yang anak dia nak.
Senyap-senyap ibu dah rebus dulu ubi kentang dekat dapur. Tahu-tahu je dah kena lenyek.
So, harini kita makan Chezzy Baked Potato. Yayyy,,sukanya Ekin. Ehehehe. Ekin suka sangat dengan potato ni sebab masa study dekat Johor dulu... hari-hari Ekin akan beli potato ni. Memang sedap sangat. Dah jadi favorite Ekin dah tau.
tunjuk gambar teaser sikit. ehehe, keju dekat atas tu memang mengancam betul lah!
Okay, sambung pasal kentang yang nak kena lenyek tadi. Ekin lah yang menjadi mangsa untuk lenyek kentang tu. Ahaha.
masa daku tengah duduk santai-santai tadi, tiba-tiba kentang ni lalu depan mata minta kena lenyek.
apa lagi, kita pun lenyek lah dia.
sampai lumat macam ni uols. ehhehe. seronok pulak kerja lenyek2 ni.
Lepas kerja-kerja lenyek kentang ni, Ekin pun tolong lah ibu sikit-sikit dekat dapur. Setakat gaul-gaul, kacau-kacau kan makanan ni memang kepakaran Ekin. Hahahaha.
tunjuk sikit bahan-bahan yang ibu guna. mana tahu bila dah kahwin nanti rasa nak buat sendiri pulak.
"Bawang Holland"
"Lada Benggala"
ushh, tumpang lalu sat gambar daging dekat sini. hohoho.
"Daging Cincang"
gaul-gaul jangan tak gaul
Gaul bawang holland, lada benggala, daging cincang dalam kuali. Lepas tu masukkan lah sikit penambah rasa dalam ni. Tak silap Ekin, tadi ibu letak stock ayam, sedikit garam, gula, lada hitam, lada sulah.
Dah habis gaul tu, masukkan lah dalam kentang yang kita lenyek tadi. Bertopping kan cheese mozarella, panaskan dalam oven untuk bagi cheese cair.
Ting.....
SIAP!
Ohh Ekin lupa.. Bila tengok gambar ni baru ingat. Sebelum masuk oven tadi, ibu Ekin tabur chili flakes untuk bagi impak color sikit baru nampak menarik. Untuk naikkan bau yang sedap, kita tambah serbuk oregano.
Hahh, baru betul-betul siap.
Okay lah, Ekin nak sambung makan balik.
Thank you for reading!
15 comments
nampak sedap, pandai korang buat. esok boleh lah ty heheheh. oh ya, nak bagitahu ni saya letak blog ni dalam bloglist di sidebar saya ye ? suka dengan blog ni
ReplyDeleteHahh,, boleh lah cuba.. memang fav ekin ni.. hihihi, anyway thank you aisyah!
DeleteNampak sedap, boleh try ni
ReplyDeletememang sedap pun,, hihi
Deletesha suka ni!!! tapi selalu beli je hahaha
ReplyDeletenanti lepas ni sha boleh buat je.. jimat sikit..ekekeke
Deletesemua yang ada potato semua kite suka.. takan tolak. hehehe sedap ni =D
ReplyDeleteehh, kita gengggg!
Deletewow this seems really delicious!
ReplyDeleteits soooo delicious x :p nyummyyy
Deletewife ejulz suka makan ni :)
ReplyDeletekalau sayang dekat wife,, boleh lah buatkan selalu.. hihihi
Deletewow sedapnya confirm kenyang tahap giga kan >.<
ReplyDeletesedap nyer, ekin.
ReplyDeleteakak biasa jugak buat kelainan kat makanan anak2 akak.
semlm, buat puff carbonara. anak yg sulung, kak Nurin bwk balik asrama skit.
ada lagi inti nyer. in shaa Allah nak buat popia carbonara plak.
Nampak sedap dan mudah dibuat.. bolehlah cuba..
ReplyDelete