Hampir tak tentu hala Ekin dibuatnya bila tengah buat kerja, tiba-tiba laptop padam. Menguji kesabaran Ekin betul. Habis dah stok pahala yang Ekin kumpul ni. Ekin pulak sejak aktif berblogging ni, tak boleh lengang sikit dengan laptop. Yelah, sikit-sikit nak blogwalking. Hohoho. Haih. Pengaruh tak baik betul.
Haritu masa tengah fokus buat kerja, Ekin tak expect lah apa-apa terjadi dekat laptop ni. Sebab selama ni makan minum cukup Ekin bagi dekat dia. Punya lah yakin yang laptop ni takkan buat hal. Sekali... hambikk kau kena sebijik.
5 minit pertama tu Ekin buat relax je lah. Yakin dengan diri, takde pape tu. TAPI, 5 minit kemudian. Macam singa dah Ekin dibuatnya. Awal-awal tu, yakin je lah.. dia buat hal sekejap je. Lepastu, Ekin pun try lah bukak balik laptop ni. Buka awal-awal tu bukan main baik lagi dia loading.. beberapa saat je, "pappp". Dia padam balik.
Adudududu...
Ekin pun dah macam, "alahai,, kenapa lah dengan kau ni laptop. takkan nak kena beli baru". Dah lah dalam laptop Ekin ni banyak report. Dugaan betul masa ni rasa. Sampai update dekat status facebook lagiteuw. Minta-minta lah ada orang baik hati nak belanja laptop baru.
Ahahaha, gurau gurauu je. Jangan marah. Okay, ni nak tunjuk bukti Ekin sampai update status dekat facebook. Punya lah tak tahu nak buat apa, macam dah takde kerja nak update2 ni. Ekeke.
Masa ni kira pasrah lah. Dah tak tahu macam mana nak betul kan laptop ni. *huhu, macam pakar je cakap kan?!
Tarikh cantik pulak tu laptop ni pilih 18.08.18
Dia buat pilihan yang bijak uols. Tapi tak lama, disebabkan berkat kesabaran Cik Asyiqin ni... daku try lah bukak selepas sehari tak sentuh laptop. Masa tu rasa macam cacing kepanasan je tak tahu nak buat apa. Nasib mak dengan ayah bawa keluar berjalan. Hikhok.
So, selepas sehari. Kiranya malam ni lah. Ekin try bukak laptop ni balik. Buka punya buka. Ehh,, ALHAMDULILLAH. Dah boleh bukak lah. Dia dah tak buat hal. Oleh sebab Ekin gembira sangat tak terkira, apa lagi. Update lagi dekat status. Hohoho. Dah jadi kaki fb dah ni.
Boleh pun!
Nasib baik report apa semua takde yang hilang terpadam ke apa. Dapat je bukak, Ekin terus hantar fail-fail atau dokumen yang penting dekat email. Mana lah tahu kalau dia nak buat hal lagi ke apa. At least ada lah backup.
Lepas dah selesai urusan antara hidup dan mati ni, Ekin terus login dekat blogger ni. Yelah, sehari tak sentuh rasa macam tak lengkap. Hihi,, siapa sama macam Ekin, kita geng!
11 comments
Me! Anis pun tak boleh kalau sehari tak on laptop and log in blogger. kadang2 sampai berjam-jam depan laptop tapi still takda idea nak update post baru hehe
ReplyDeletedulu penah jadi cemni tapi laptop memang uzur time tu amek dari ayah nyee hehe.. sekali kena hilang semua hntr pergi format. since then semua benda simpan dalam hardisk. tapi skrng lagi maju.. ada Gooogle Drive =D
ReplyDeleteNasib baik laptop boleh buka. Biasakan diri kerja-kerja penting simpan dekat google drive atau mana-mana cloud storage yang lain supaya senang nak retrieve balik.
ReplyDeletefuh nasib laptop boleh buka. don't forget to backup all important documants into an external drive. nanti blackout for a long time, susah pula jadinya hehe.
ReplyDeletefuh pernah ada satu citer tu kan laptopnya blackout gak ingatkan kenapa rupanya ada org unplugged power source dia. gelabah ha! thesis semua dalam tu
ReplyDeletepernah jadi dulu waktu buat contracting..mmg sakit jiwa tapi sejak tu simpan kat thumb drive dan lepas selesai terus send ke drive...
ReplyDeletetq ekin, singgah blog akak. done folo ur blog.
ReplyDeletedulu kala pernah terjadi kat akak. laptop tu pun da selamat ntah di mana. thrown away :)
lama jugak laptop tu berkhidmat, 10 thn jugak la. sebelum kawin hingga kak Nurin umur 6-7 thn lebih kurang.
sejak tau laptop tu memang problem, tak la lagi simpan pe dokumen dlm tu.
pe pe semua dlm pendrive.
ada modal skit, akak upgrade dgn macbook ni hah. aman damai so far. blogging dari mana-mana.
bila da belajar balik ni, macbook ni la usung kuar masuk kelas.
ekin, i recommend you transfer your important files dekat google drive atau dropbox. i pun dulu laptop buat hal masa dekat matrik sebab banyak tonton drama korea hahaha. faham sangat perasaan u xD
ReplyDeletebateri laptop saya sekarang dah rosak, so terpaksa la sentiasa pasang plug bila guna huhu
ReplyDeleteLaptop kita pun dah selamat. Terasa juga nak beli baru cuma kena kumpul duit dulu slow². Swntara tu onlie
ReplyDeleteSementara tu online je dengan phone
Delete