Me'nate With My Parents


Hi, assalamualaikum semua!

Baru ada kesempatan nak update blog harini. Untuk pengetahuan semua, 4 haribulan yang lalu adalah birthday Ekin tau. Ehehehe, okay saje je nak bagitahu. Kott kottt ada yang nak hulurkan hadiah lagi ke kan...

Siapa pembaca tegar blog Ekin ni, mesti tahu masa birthday Ekin 4hb haritu, Ekin just celebrate birthday dengan my only sister je without my parents. Punyalah berjalan sakan sampai tak ingat nak balik rumah. *kononnya lah. 

Okay, siapa belum baca entry tu.. korang boleh klik je dekat sini: Celebrate Birthday With My Sister

Untuk entry kali ni pulak, Ekin akan bercerita celebrate birthday dengan my parents pulak. Hihi, entry kali ni Ekin bagi chance dekat mak ayah Ekin lah pulak untuk jadi watak utama. Walau sebenarnya Ekin lah empunya pemegang watak utama tu. Kihkihkih.

Kena dengan tajuk entry Ekin kali ni, Me'nate With My Parents maksudnyaaaa Ekin celebrate birthday dekat Me'nate lah... Celebrate secara kecil-kecilan je. Bukan seperti imaginasi engkorang semua yang kononnya ada staff nyanyi kan lagu birthday sambil bawa kek, beramai-ramailah tepuk tangan. Puffff *hancurkan imaginasi korang tu.

Birthday kali ni, mak ayah Ekin bawa Ekin belanja makan di Me'nate dan ini juga merupakan kali pertama Ekin jejak masuk kaki dekat Restoran Me'nate ni. Orang kaya-kaya je yang selalu masuk sini hahh. Hahaha.

Nahh, belanja sikit muka yang kononnya excited nak pergi makan dekat Me'nate.


Nak tahu tak, fakta menarik Ekin tentang Me'nate ni? Kalau nak tahu teruskan pembacaan. Bawah ni je. Ehehhe.

Dulu masa zaman jahiliah, (hoho.. jahiliah lah kan, kiranya tak tahu apa) Ekin pronounced Me'nate ni as 'Me' 'Na' 'Te'. Kadang-kadang, terfikir jugak. Apesal lah di pi buh 'Me' 'Na' 'Te' ni? Owner dia ni dari Kelantan ke? Ke dari Terengganu? Ke sebenarnya owner dia saje letak nama tu, sebab senang sikit nak viral. Marketing strategi lah katakan.

Rupanya, selepas berapa lama berada dalam zaman jahiliyah ni. Ekin up sikit masuk zaman moden. Lepas tu, baru lah tahu cara pronounced Me'nate ni bukan seperti Ekin sebut dulu. Rupanya cara nak sebut dia adalah 'Me' 'Nate'. Ada slang english githeww. Siapa yang sama macam Ekin zaman jahiliyah dulu tu, boleh lah ubah ye selepas baca entry ni. 

Sesampai je dekat Me'nate, staff dekat situ pun guide bawa masuk duduk dekat meja mana. Menu pun sampai. Belek-belek menu, ohh rupanya dekat sini bukan dia serve daging steak semata-mata. Pasta pun ada lah. Mati-mati Ekin ingat dia serve daging steak je uols.

sempat lah juga ambil gambar menu. macam budak jakun first time nak try. hihi
(harga daging yang dipaparkan dekat menu ni adalah harga per 100gram)

Harga dia? Uishh, boleh lah tahan. Hohoho. Siapa-siapa rasa nak reward diri ke, nak belanja awek boypren makan ke. Boleh lah datang ke sini. Tapi jangan selalu lah kecuali duit engkorang memang berkepuk-kepuk sampai tak tahu nak belanja dekat mana kan. Hahh, jemput lah datang ke Me'nate ni setiap minggu. Alang-alang tu boleh ajak Ekin sekali, banyak lagi menu tak try lagi. Ehehe.

Masa datang sini, feeling2 macam aktress korean drama pulak. Kebanyakannya, bila tengok korean drama atau variety show, mesti muka dorang excited sangat bila dapat makan daging. Sampai kita pun ikut terliur jugak. "Sedap sangat ke tu?" Ahahaha.

Okay, jom Ekin sajikan korang semua dengan makanan yang Ekin order haritu. Basically, tak semua lah yang Ekin order. Hihii. Ada makanan Ekin punya. Adik Ekin punya. Ibu Ekin punya. Semua orang punya. Hohoho.

makanan pertama sampai ke meja kami. taraaaa, this one adalah makanan Ekin.

Sebenarnya, masa pilih menu tu tengok dekat gambar macam sedap je. Teringin lah nak try sebab antara carbonara dengan bolognese, Ekin lagi prefer carbonara. Nak kata favorite tu, tak favorite pun.. cuma Ekin lagi prefer carbonara. Eh, kenapa tiba-tiba dah kelain pulak ni. Kihkihkih. Takpe lah, saje nak bagitahu. Huhu.

Okay, review pasal Beef Carbonara ni. Mula-mula, ibu Ekin yang rasa (sebab ibu Ekin memang suka sangat rasa makanan dekat kedai-kedai makan yang kitaorang singgah, sebab nak review kalau sedap boleh datang lagi, kalau tak sedap, ada jodoh kita jumpa lagi gitcheww). And my mom kata Beef Carbonara ni a little bit salty. Ekin pun kata, "masin ke ibu? takpe2, selalu makanan tak sihat ni lah yang sedap". Hohh, mazhab mana kau guna. Hahaha.

Makan punya makan, sampai Ekin pun dah jadi muak. Yelah, dengan sos carbonara nya lagi. Dengan pastanya lagi. Dengan lama kelamaan rasa masinnya lagi. Belum campur dengan selang seli minum air lagi. Hehehehe. 

nahh, kasi zoom sikit. mana tahu ada peminat carbonara macam Ekin jugak.

Alright! Next, kita tunjuk makanan yang ibu Ekin order pulak.

ada rasa macam nak makan sekarang tak?

Ni makanan yang ibu Ekin order. Nama penuh makanan ni apa ntah, Ekin tak ingat. Hehe. Tapi yang penting, ini adalah tidak lain dan tidak bukan Aglio Olio. Ekin dah rasa, this one much better daripada Beef Carbonara yang Ekin order. Tapi, my mom pulak kata aglio olio ni takde rasa unik sangat pun. Yelah, datang Me'nate uols... expectation tu tinggi menggunung. Hehee, tapi memang ibu Ekin sensitif dengan rasa makanan ni. Sebab ibu Ekin selalu pergi kelas memasak kalau ada masa terluang (okay, jap. takde kena mengena pun)


Seperti biasa, air chocolate dengan Ekin memang tak dapat dipisahkan.

Mesti korang ada tanya kan? Datang Me'nate ni, tak order daging steak ke? Oppps, sekejap uols.. mestilah ada. Tapi Ekin yang tak sempat nak ambil gambar sebab daging steak ni dia sampai lepas pasta. Ekin pulak tengah melahap makanan sampai daging depan mata pun, tak nampak.

Ekin sempat ambil gambar yang ni je.


Daging ni tak hangus dibakar arang tau uols. Ahahaha. Filter ni yang menghanguskan dia. Koajaq betul lah filter ni. Nasib baik layout masih lawoo. Daging ni memang lembut, cair di mulut. Nyum nyumm nyummm sangat.

Apapun, Ekin nak berterima kasih kepada ibu dan ayah Ekin sebab sudi belanja makan dekat Me'nate. I love you, muahh muahhhh muahhhhh. 

Lepas kenyang-kenyang makan, ayah bawa pi jalan-jalan beli barang dapur pulak. Ahaha.


26 comments

  1. selamat hari lahir ekin. wishing you all the best. saya pun prefer carbonara jugak. teringin jugak nak pergi tempat tu tapi jauh

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday sweety hihi sedap makan.. lapar ni :p

    ReplyDelete
  3. saya suka carbonara !! dan rasa lapar pulak skrg TT_TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe,, nanti boleh lah singgah menate pesan carbonara :D

      Delete
  4. happy belated birthday sis. eh tersamalah tarikh birthday kita. shu pun 4/8. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yayyy, ada kembar ekin dekat sini :) hello twinny

      Delete
  5. Celebrate dengan family mestilah bestkan ekin.. Part datang kedai high class dan expectation tinggi tu perkara biasa.. Bila amkaann sampai dan tak menepati expectation memang kurenglah jadinya..

    ReplyDelete
  6. Haiii asyiqin.... happy belated birthday :D

    ReplyDelete
  7. Hppy belated birthday Ekin. kalau berpeluang, AS mungkin akan pilih lamb grilled. Eh? Ada ke menu kambing ek? ahaks

    ReplyDelete
  8. Happy belated birthday girl!

    ReplyDelete
  9. happy belated birthday girl!

    ReplyDelete
  10. samalah. ingat me, na, te jugak. hahaha

    ReplyDelete
  11. happy belated birthday! ala teringin nak makan kat menate ni :3
    btw follow sini

    ReplyDelete
  12. hey there. sorry for the late wish.

    HAPPY BELATED DAY.

    wah, best kalau makan kat western food. bukan selalu kan hehehe. btw, the name of the restaurant is unique and i thought at first the pronouncation is me-na-te and it sounds funny. rupanya me-nate (mi-net). memang unik lah!

    and the cuisines are so delicious and attractive, especially your drink sebab ada oreo kat atas.

    ReplyDelete
  13. happy belated birhtday ekin...akak pun suka carbonara...sedap tak tu...

    ReplyDelete
  14. Tarot juga pernah makan sekali di me'nate. Memang sangat lazat. Tapi harga dia memang selazat harga dia

    ReplyDelete
  15. wooow makan kat Me'nate. hehe dok plan nak pi yang kat Bangi tu x terpegi pegi lagi hehehe.. asyik bertunda =)

    ReplyDelete
  16. Happy birthday eqin. Tak pernah lagi makan dekat Me'Nate ni. Craving pulak bila tengok carbonara tu.

    ReplyDelete