Asyiqin Roslee
  • Home
  • Menu
    • Beauty
    • Fashion
    • Food
    • Money
    • Recipe
    • Travel
  • About
  • Contact Us
Selalunya tiap kali weekend korang ada plan nak pergi mana-mana tak? Kalau tak ada, Ekin nak suggestkan dekat korang untuk pergi ke PD.  Korang mesti tahu apa tu PD kan. PD tu stands for Port Dickson. (ehh bukan pantai dalam ey) Sebut je pasal Port Dickson ni apa yang terbayang dalam minda korang?

Mesti korang bayangkan mandi pantai kan. Hahh, samalah kita. Hehe. Masa kecil dulu, ayah Ekin memang rajin bawa berjalan. Lebih-lebih lagi ke Port Dickson ni. Sukalah Ekin. Lagipun PD ni kan dekat, senang, boleh mandi pantai, main banana boat, naik jet ski dan macam-macam lagi lah.

Pokoknya, kalau nak bercuti bawa je ke Port Dickson. Bajet pun murah. Tak perlulah setiap kali bercuti, setiap kali tu nak ke luar negara kan?! PD kan ada.


Tengoklah scenery ni. Macam dekat oversea kan? Padahal dekat Malaysia je.

So, alang-alang tu Ekin nak sharekan dengan korang semua salah satu great hotels yang korang boleh stay masa hujung minggu bercuti di Port Dickson. Nak tahu hotel apa? Korang mesti pernah dengar ni. Hotel yang Ekin nak suggestkan dekat korang adalah Bayu Beach Resort ni. Hahh. Hotel ni memang thorboikkk. Best sangat-sangat tau. Ramai jugaklah pengunjung yang datang PD akan book hotel ni. Kadang-kadang feeling foreigner githew.



Sesiapa yang bercadang nak ke PD tu, korang jangan risau pasal booking2 hotel ni. Nak tahu sebab apa? Dalam dunia yang serba canggih ni, korang boleh direct book di Traveloka. Bukan sahaja harga yang berpatutan, korang juga akan dihidangkan dengan perkhidmatan yang superb dari staff-staff resort ni. Sebab mereka sangat mengutamakan keselesaan pengunjung dekat sini.

Walaupun, Bayu Beach Resort ni bertaraf 3 bintang je. Tapi perkhidmatan dan layanan mereka sama seperti hotel yang bertaraf 4 bintang. Yang paling Ekin suka pasal resort ni sebab tempat dia bersih. Betul-betul menjamin keselesaan para pengunjung dekat sana. Yelah, bila bercuti dengan family mesti kita nak cari tempat yang betul-betul bersih dan selesa kan?! Takkan nak pi cari tempat yang tak terurus dan terjaga. Terus jadi rasa taknak bercuti.

So, that's why lah hampir setiap tahun Bayu Beach Resort ni dipenuhi dengan pengunjung.

Bab parking dekat sini, korang semua tak perlu risau. Resort ni memang menyediakan tempat parking untuk sesiapa sahaja yang drive. Pasal wifi pulak, wifi ni memang dah jadi satu keperluan kan untuk kita setiap kali pergi bercuti? Lebih-lebih lagi anak-anak muda yang suka upload dan kongsikan gambar-gambar menarik sepanjang percutian di facebook dan instagram. Bab ni, korang jangan risau. Bayu Beach Resort menawarkan kemudahan wifi percuma kepada semua pengunjung disana.

Selain itu, staff-staff mereka juga akan memberikan perkhidmatan 24 jam di kaunter front desk sekiranya korang memerlukan bantuan mereka atau sedang menghadapi sebarang masalah. Mereka sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan mereka kepada para pelanggan.

Satu perkara yang Ekin suka pasal resort ni sebab view dari bilik yang berhadapan dengan laut tu, rasa seakan tenang je. Setiap kali bangun pagi tengok scenery laut dan bunyi ombak, rasa seakan diri ni berada di awang-awangan. Hahaha. (berangan sekali sekala apa salahnya kan)

Untuk ke pantai, korang hanya memerlukan 3 minit sahaja dengan jalan kaki. Untuk pengetahuan korang juga lah kan, dekat resort ni juga ada kawasan bagi mereka yang ingin berpiknik atau berbabecue sambil menikmati angin di pantai. Selalunya, petang-petang macam ni berbabecue lah kita. Dan disebabkan berjalan kaki ke pantai dan balik resort, Ekin tak lah risau sangat kalau nak makan banyak time tu. Balik nanti, mesti segala kalori dan lemak dah ku bakarkan. Hehehe.




Andai kata lah kan, kalau korang tiba-tiba rasa macam nak mandi kolam je kan. Jangan risau. Dekat resort ni ada sediakan kolam renang yang besar untuk korang berendam sambil melakukan lompanan terjunan korang tu. Kalau nak aktiviti santai sikit, korang bolehlah berjalan-jalan secara solo atau dengan yang tersayang sambil menikmati keindahan yang ada.

Resort ni juga dilengkapi dengan poolside bar tau. Poolside bar ni disediakan bagi mereka yang nak hilangkan dahaga setelah penat mandi di kolam.




Bayu Beach Resort ni juga ada menyediakan perkhidmatan sauna. Sauna ni bersebelahan dengan kolam renang je. Dah selesai mandi kolam, korang masuk je dekat sauna ni. Haha. Dah masuk sauna tu nanti, mesti segala stress korang yang berbulan-bulan lamanya tu hilang. Disamping kehilangan stress, lelemak korang pun mesti makin surut. Hehehe.

Dah masuk sauna tu. Jangan lupa untuk pergi ke Fitness Center dekat resort ni. Fitness center dekat sini adalah "a-must-try-activity" sepanjang penginapan korang dekat sini dan tak perlu risau kerana masuk adalah PERCUMA. Dengan perkhidmatan yang tip top serta kemudahan yang serba lengkap, pengunjung resort ni akan menikmatinya tanpa sebarang complain. Antara perkhidmatan lain yang korang boleh dapatkan adalah perkhidmatan dobi serta cucian kering dan khidmat penyimpanan luggage.




Plus, Bayu Beach Resort ni bukan sekadar tempat penginapan tetapi juga lokasi pilihan yang tepat untuk sebarang majlis mahupun seminar atau mesyuarat dengan kemudahan hall kelas pertama yang serba lengkap, moden dan terbaik. Resort ni juga menyediakan pakej untuk team building tau. So, tunggu apa lagi? Cuba cari the latest promotion on Bayu Beach Resort di Traveloka and you will have a great time there.


Merdeka! Merdeka! Merdeka! Haha. Bukan main semangat lagi nak sambut hari kemerdekaan ni. Pejam celik pejam celik. Dah masuk tahun ke-61 Malaysia sambut hari kemerdekaan ni. Selalunya dekat Putrajaya lah yang akan meriah dengan segala perarakan dan sambutan di sana.

Dulu masa kecil, ibu ayah Ekin rajin lah bawa ke sana untuk lihat sambutan kemerdekaan ni macam mana. Masa malam nak countdown hari merdeka ni pun ayah akan bawa keluar untuk tengok bunga api besar. Rasa seronok pulak tengok bunga api besar-besar masa tu. Dia punya happy tu macam tengok taburan bintang dekat langit. Jarang-jarang dapat tengok kan?!



Disebabkan dah masuk ke 61 tahun Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ni. Jom kita flasback sikit mengenai sejarah kemerdekaan di negara kita.


Hari Kebangsaan Malaysia

Pada tanggal 31 Ogos 1957, Malaysia telah menyambut hari kemerdekaan bagi menandakan negara kita bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 sehingga 1957.

Pada tahun 2018, Malaysia telah menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61 tahun.


Sejarah Kemerdekaan Malaysia

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejaran bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada Pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Pengistiharaan tersebut telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan laungan 'MERDEKA' sebanyak 7 kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.

Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di London pada 8 Februari 1956.



Kronologi Mencapai Kemerdekaan

27 Julai 1955

Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.

10 Ogos 1955

Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.

18 Januari - 6 Februari 1956

Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.

8 Februari 1956

Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956

Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengishtiharaan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.

21 Mac 1956

Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28 - 29 Disember 1956

Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

30 Ogos 1957

Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.

31 Ogos 1957

Pengishtiharaan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.


Okay, berakhir lah sudah catatan Ekin untuk entry kali ni. Untuk korang semua yang nak tahu lebih lanjut mengenai Sejarah Kemerdekaan negara kita, korang bolehlah search dekat google. Ekin hanya kongsikan sedikit sahaja mengenai sejarah kemerdekaan negara kita ni.

Apapun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-61. Terima kasih kerana sudi membaca :)


Hello readers!

Good to be back blogging again. For those yang ada baca blog Ekin mesti korang semua tahu sebelum ni laptop Ekin ada buat masalah. Tu yang jarang bukak blog. Nasib masih tak berhabuk debu bagai.

Dan paling sakit hati nya, entry sebelum ni kalau korang semua perasan Ekin ada bagitahu yang laptop Ekin dah tak buat hal dia dah. Dah boleh bukak macam biasa. TAPI... sejurus je Ekin update entry dalam blog haritu. PAPPPPP. LAPTOP EKIN TERPADAM BALIK. Tahan jelah. Adududu.

Okay lah, Ekin taknak merepek banyak sangat dalam entry ni sebab entry ni dibuat untuk review skincare HadaLabo yang Ekin baru pakai haritu.

Ni entry dia yang Ekin kata nak cuba skincare Hydrating daripada HadaLabo ni >> Trying Out Skincare Routine From HadaLabo

Okay, kalau korang masih tertanya-tanya skincare yang mana satu, Ekin tepek sekali gambar dekat bawah ni ya (yelah kan, product hadalabo ni kan ada banyak range dia)


Trial set Hada Labo yang Ekin pakai ni adalah Hydrating set, perfect combination for deeply moist skin.

Hydrating trial set ni sesuai untuk korang yang skin jenis oil / combination skin sebab dia light. So, bila korang pakai, takde lah rasa berlengas sangat. Ehh, betul ke berlengas? Ke belengas? Berlenggas? Takpe lah. Janji korang faham.

Trial set ni juga didatangi dengan facial wash (foam), hydrating lotion (light) dan moisturizer. 


Dekat belakang box ni, dah tertera function setiap items dan direction macam mana nak guna setiap item tersebut.

This is what it says:


AHA + BHA Mild Exfoliating Face Wash



Double Action Exfoliating Formula - AHA (Glycolic Acid) and BHA (Salicylic Acid) help to soften skin, gently remove blackheads and impurities trapped within pores, elevate skin absorption and polishes away dull and rough skin for visibly clear, smooth and radiant skin.

Triple Anti-Pollution Formula - Helps to purify and protect skin against environmental pollution. Reduces the ability of polluted particles adhering onto skin, removes heavy metal pollutants and forms a protective barrier to shield skin against damage caused by pollution.

  • Skin pH balanced.
  • Free from alcohol, fragrance, colorant and mineral oil.
Directions: Use twice a day. Squeeze sufficient amount onto palm. Lather with water and massage onto face, using gentle circular motions. Rinse thoroughly with water. 


Hydrating Lotion - Light



This is the vital first step after cleansing to prepare the skin for any skin care regime. Lotion helps to soften and drive moisture deep into skin and prepare skin to receive the full benefit of the Hada Labo regime that follows.

  • Combine with 4 types of Hyaluronic Acid to deeply hydrate skin and help preserve its optimum moisture balance.
  • Helps to improve dehydrated skin.
  • Skin pH balanced. Low irritation.
  • Free of alcohol, fragrance, colorant and mineral oil.

Directions: Use twice a day after cleansing face. Pour sufficient amount on palms and gently pat onto skin until thoroughly absorbed.




Hydrating Water Gel



Light watery gel texture with 4 types of Hyaluronic Acid (HA) that are powered by High Performance Penetrating & Deep Moisturizing (HPP&M) Technology to lock, replenish and store moisture deep in skin, layer after layer.

  • Ultralight, watery-feel gel texture that quenches skin an instant surge, leaving a 'breathable' skin feel.
  • Enriched with Ceramide that forms moisture-protecting shield for long lasting hydration.
  • Skin pH balanced. Low irritation.
  • Free of fragrance, colorant and mineral oil.

Directions: Use twice a day after Hada Labo Hydrating Lotion. Take sufficient amount and apply evenly on face & neck. Gently massage and pat to allow absorption into the skin.




Texture moisturizer water gel from Hada Labo. Nampak kan, dia jenis watery gel macam tu.


So far, Ekin memang suka ketiga-tiga product Hada Labo ni. Bagi Ekin set ni memang macam miracle betul. Sebelum ni kulit muka Ekin memang breakout sebab pakai produk local (bertukar-tukar product Ekin pakai) hampir segala jenis high end product Ekin pakai untuk treat balik kulit muka ni.

Tapi, alhamdulillah lepas je guna hydrating set daripada Hada Labo ni... kulit muka Ekin dah kembali sihat. Paling best antara tiga-tiga ni Ekin suka dia punya hydrating lotion. Kulit muka Ekin yang selalunya bila tengah hari je berminyak.. Lepas pakai, rasa macam skin ni skin normal pulek (perasan jap)

Ok, kalau korang nak dapatkan Trial Set Hada Labo ni boleh dapatkan secara online je dekat watsons. Nak senang, korang klik je dekat sini >>> Hada Labo Trial Set Hydrating

Nota tuan rumah:
Maaf lah kalau review Ekin ni tak berapa nak umphh sangat. Hohoho. Maklumlah first time review. Review pulak lepas balik kerja. Tak dannn lah nak review sungguh-sungguh. Apapun, Ekin harap information dekat atas ni berguna bagi korang yang first time nak review box dia. Kira kata macam unboxing review lah kan. Gituhh.

Alright korang. Thank you for reading. Nanti singgah lagi :)



Hampir tak tentu hala Ekin dibuatnya bila tengah buat kerja, tiba-tiba laptop padam. Menguji kesabaran Ekin betul. Habis dah stok pahala yang Ekin kumpul ni. Ekin pulak sejak aktif berblogging ni, tak boleh lengang sikit dengan laptop. Yelah, sikit-sikit nak blogwalking. Hohoho. Haih. Pengaruh tak baik betul.


Haritu masa tengah fokus buat kerja, Ekin tak expect lah apa-apa terjadi dekat laptop ni. Sebab selama ni makan minum cukup Ekin bagi dekat dia. Punya lah yakin yang laptop ni takkan buat hal. Sekali... hambikk kau kena sebijik.

5 minit pertama tu Ekin buat relax je lah. Yakin dengan diri, takde pape tu. TAPI, 5 minit kemudian. Macam singa dah Ekin dibuatnya. Awal-awal tu, yakin je lah.. dia buat hal sekejap je. Lepastu, Ekin pun try lah bukak balik laptop ni. Buka awal-awal tu bukan main baik lagi dia loading.. beberapa saat je, "pappp". Dia padam balik.

Adudududu...

Ekin pun dah macam, "alahai,, kenapa lah dengan kau ni laptop. takkan nak kena beli baru". Dah lah dalam laptop Ekin ni banyak report. Dugaan betul masa ni rasa. Sampai update dekat status facebook lagiteuw. Minta-minta lah ada orang baik hati nak belanja laptop baru.

Ahahaha, gurau gurauu je. Jangan marah. Okay, ni nak tunjuk bukti Ekin sampai update status dekat facebook. Punya lah tak tahu nak buat apa, macam dah takde kerja nak update2 ni. Ekeke.


Masa ni kira pasrah lah. Dah tak tahu macam mana nak betul kan laptop ni. *huhu, macam pakar je cakap kan?!

Tarikh cantik pulak tu laptop ni pilih 18.08.18 

Dia buat pilihan yang bijak uols. Tapi tak lama, disebabkan berkat kesabaran Cik Asyiqin ni... daku try lah bukak selepas sehari tak sentuh laptop. Masa tu rasa macam cacing kepanasan je tak tahu nak buat apa. Nasib mak dengan ayah bawa keluar berjalan. Hikhok.

So, selepas sehari. Kiranya malam ni lah. Ekin try bukak laptop ni balik. Buka punya buka. Ehh,, ALHAMDULILLAH. Dah boleh bukak lah. Dia dah tak buat hal. Oleh sebab Ekin gembira sangat tak terkira, apa lagi. Update lagi dekat status. Hohoho. Dah jadi kaki fb dah ni.


Boleh pun!

Nasib baik report apa semua takde yang hilang terpadam ke apa. Dapat je bukak, Ekin terus hantar fail-fail atau dokumen yang penting dekat email. Mana lah tahu kalau dia nak buat hal lagi ke apa. At least ada lah backup.

Lepas dah selesai urusan antara hidup dan mati ni, Ekin terus login dekat blogger ni. Yelah, sehari tak sentuh rasa macam tak lengkap. Hihi,, siapa sama macam Ekin, kita geng!


Wallaaaa..

Hello readers semua! Happy Saturday!
(ehehe, bukan main gembira lagi Ekin hari ni hari Sabtu)

Hujung minggu macam ni selalunya Ekin akan berehat dekat rumah je. Sambil menikmati angin sepoi sepoi bahasa. Tenang je rasa. DAN, sepatutnya hari ni Ekin dengan family akan ke Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kepada kawan ayah Ekin ni. Tapi, plan tak menjadi pula. Terpaksalah duduk bersantai semula dekat rumah. Agagaga.

Bila duduk dekat rumah ni, tahu-tahu jelah perut ni asyik minta makanan je. Kihkihkih. Nasib baik lah ibu Ekin ni rajin melayan selera anak dia. Ibu Ekin pulak macam tahu-tahu je apa yang anak dia nak.

Senyap-senyap ibu dah rebus dulu ubi kentang dekat dapur. Tahu-tahu je dah kena lenyek.

So, harini kita makan Chezzy Baked Potato. Yayyy,,sukanya Ekin. Ehehehe. Ekin suka sangat dengan potato ni sebab masa study dekat Johor dulu... hari-hari Ekin akan beli potato ni. Memang sedap sangat. Dah jadi favorite Ekin dah tau.

tunjuk gambar teaser sikit. ehehe, keju dekat atas tu memang mengancam betul lah!

Okay, sambung pasal kentang yang nak kena lenyek tadi. Ekin lah yang menjadi mangsa untuk lenyek kentang tu. Ahaha.

masa daku tengah duduk santai-santai tadi, tiba-tiba kentang ni lalu depan mata minta kena lenyek.



apa lagi, kita pun lenyek lah dia.

sampai lumat macam ni uols. ehhehe. seronok pulak kerja lenyek2 ni.

Lepas kerja-kerja lenyek kentang ni, Ekin pun tolong lah ibu sikit-sikit dekat dapur. Setakat gaul-gaul, kacau-kacau kan makanan ni memang kepakaran Ekin. Hahahaha.

tunjuk sikit bahan-bahan yang ibu guna. mana tahu bila dah kahwin nanti rasa nak buat sendiri pulak.

"Bawang Holland"
"Lada Benggala"

ushh, tumpang lalu sat gambar daging dekat sini. hohoho.

"Daging Cincang"

gaul-gaul jangan tak gaul

Gaul bawang holland, lada benggala, daging cincang dalam kuali. Lepas tu masukkan lah sikit penambah rasa dalam ni. Tak silap Ekin, tadi ibu letak stock ayam, sedikit garam, gula, lada hitam, lada sulah.

Dah habis gaul tu, masukkan lah dalam kentang yang kita lenyek tadi. Bertopping kan cheese mozarella, panaskan dalam oven untuk bagi cheese cair.

Ting.....

SIAP!


Ohh Ekin lupa.. Bila tengok gambar ni baru ingat. Sebelum masuk oven tadi, ibu Ekin tabur chili flakes untuk bagi impak color sikit baru nampak menarik. Untuk naikkan bau yang sedap, kita tambah serbuk oregano.

Hahh, baru betul-betul siap.

Okay lah, Ekin nak sambung makan balik.

Thank you for reading!

Hello readers semua.


Akhirnya, penantian yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. *ehhh, penantian lah sangat kan. Okay, untuk post kali ni... Ekin akan make it short and simple.

Korang tahu tak, masa hari result exam ni nak keluar Ekin nervous tahap tinggi melambung tau. Rasa macam fikiran ni tak boleh nak duduk diam. Asyik rasa gelisah je sepanjang nak tunggu email daripada my uni ni. Rasa nervous ni rasa macam bila crush kau duduk sebelah kau. Ahahaha, tak tentu arah jadinya. Tapi, Ekin takde lah nak tunjuk ke-nervous-san tu depan orang. Ekin mesti lah kena control cool. Gitchew.

Tunggu punya tunggu... tiba-tiba email notification masuk. Tengok-tengok, rupanya email SALAM daripada universiti Ekin. Allahu. Sudah tiba masanya kaa? Ahahaha. Bukan main lama lagi Ekin fikir, "nak bukak ke taknak bukak" "nak bukak ke taknak bukak".

Tap...

Mata dah tak tengok dah grade setiap subjek dapat apa. Terus scroll nak tengok GPA dengan CGPA dapat berapa. Bukan main gelojoh lagi kau nakkk. Lepas je tengok pointer, terus rasa macam nafas ni terhenti seketika.


Alhamdulillah Ya Allah. Alhamdulillah Ya Allah.

Ya Allah, tidak ada sebab untuk hamba mu ini untuk tidak mensyukuri nikmatMu. Alhamdulillah, ya Allah. Ekin sebenarnya betul-betul tak sangka yang Ekin akan dapat dekan untuk semester ni. Ini semua berkat doa ibu, ayah, pengajar dan rakan-rakan yang lain.

Bagi Ekin, ini adalah hadiah paling besar. Sebab sebelum result ni keluar, Ekin cuma berharap yang Ekin lulus semua subjek. Bagi Ekin, semester lepas memang agak berat dan susah sangat. Majoriti subjek semester yang lepas adalah subjek-subjek membaca which is Ekin memang susah nak bawa. Tapi, alhamdulillah... Allah bagi juga rezeki ni dekat Ekin.

Tipu lah kalau Ekin cakap yang Ekin cuma berharap dapat lulus je. Jauh dalam sudut hati ni, setiap sem Ekin minta nak dekan sebab nak my parents bangga. Kalau orang tanya, ibu ayah Ekin boleh lah jawab "anak aku dapat dekan sem ni" Hahh, tak gitchew ke uols?

Apapun, betul lah kata-kata USAHA TANGGA KEJAYAAN. Setiap usaha kita, Allah akan beri yang setimpal dengan apa yang kita usahakan. Lambat laun, Allah akan beri kita hasilnya.

Dari dulu lagi, Ekin berpegang dengan kata-kata ni...

Hablu minAllah, Hablu minAnnas

Ekin juga nak ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada korang semua yang mendoakan Ekin.

Terima kasih :)

p/s : harap-harap Ekin dapat kekalkan pointer 3.5 keatas untuk semester akan datang. aamiin.

Dup dap dup dap... Jantung berdegup kencang. Fikiran tak tentu arah. Buat kerja semua tak kena. Rupa-rupanya esok dah 16 Ogos 2018?!

Tomorrow is the day!

Hahh, kenapa dengan 16 Ogos ni? Ada tarikh keramat ke?

Ekin dah nak tunang ke? Ke dah nak kahwin? Kenapa dengan hari esok?!

Hahhh,

Sebenarnya.... esok result exam Ekin dah nak keluar.

hahahaha, macam tak percaya dah esok result keluar.

Sobs sobs sobs. Kenapa rasa macam masa cepat betul berlalu. Sekejap je result dah nak keluar. Rasa macam nak undur sikit masa untuk prepare mental betul2. Ekin dapat rasakan result sem lepas tak memuaskan sebab sem lepas tiba-tiba rasa malas je waktu tu. Sekarang baru nak sedar diri. Adoii.

Berulang kali jugaklah Ekin baca notis ni. Masih tak dapat terima hakikat lagi, ahaha.

Apapun, Ekin harap sangat sangattttttttt result sem ni memuaskan. Nak aim tinggi sangat takut kecewa pulak nanti. Bagi Ekin dekan pun tak pe lah 😀 Hehehehe.

Korang doakan lah semoga Ekin dapat result yang cemerlang yaa. Sementara masih ada masa ni kan.. (marilah kita sama-sama tadah tangan mendoakan cik Asyiqin ni) Aamiin.


Hi semua,

Pagi-pagi lagi Ekin dah login blog semata-mata nak balas komen kawan-kawan blogger dekat post Ekin malam tadi. Siapa belum baca lagi, boleh klik sini >>> Trying Out Skincare Routine From HadaLabo . Jangan lupa untuk tinggalkan komen sekali tau, ehehe.

Okay, so sambil-sambil tu jugak Ekin nak blogwalking ke blog-blog yang Ekin follow. Tiba-tiba Ekin ada nampak satu post ni pasal Blogwalking Time. Ekin pun apa lagi. Dah alang-alang tengah duduk santai ni, join lah. Sambil tu boleh tambah kenalan bloggers hebat-hebat lagi.

Siapa yang belum join tu, jom lah kita sama-sama memeriahkan lagi.

Dekat sini, Ekin tepekkan sekali banner dia okay. Klik je pada gambar untuk join bersama :)

http://nadiaafarhanaa.blogspot.com/2018/08/blogwalking-time-august2018.html
klik pada gambar untuk join

Ekin dengar cerita bloglist akan diupdate sehingga 31 August 2018. Sementara ada masa lagi, jom kita tambah kenalan.


Hello readers semua!

Saje je Ekin nak update malam-malam ni sebab tiba-tiba rasa macam nak update blog je. Rasa macam dah lama pulak tak menaip ni, rasa rindu pulak *gitcheww kauu

Ekin update ni cuma nak bagitahu yang sekarang ni Ekin tengah try skincare routine daripada HadaLabo ni. Hahhh, HadaLabo yang mana satu? Tengok gambar dekat bawah ni.



This one untuk HYDRATING punya set for COMBINATION SKIN. Saje jelah nak try produk baru sebab Ekin pun tengah struggle nak cari produk yang sesuai dengan kulit muka Ekin ni. Ehehehe.

Nanti kalau ada kesempatan, Ekin akan review produk ni. Manalah tahu kot kott ada antara readers ni nak tahu tekstur produk ni macam mana kan. Sebarang feedback ke kan?! Sebab kalau macam Ekin yang malas nak pi kedai ni (hanya niat nak tengok tekstur je), Ekin suka meng-google je. Senang, hujung jari je. Dah confirm, dah godek godekk semua, baru pergi kedai untuk beli.

So, kalau korang ada pengalaman atau feedback pakai produk HadaLabo ni... jangan lupa share feedback korang dekat ruangan komen tau. Atau korang ada suggestion produk yang terbaik dari ladang pun boleh komen di bawah :D

Itu sahaja dari Ekin. Thank you sudi baca sampai habis.

Siapa nak dapatkan terus trial set Hada Labo yang macam ekin beli ni, korang boleh dapatkan dekat watsons je ok, klik je dekat sini >>> Hada Labo Trial Set Hydrating


Hi, assalamualaikum semua!

Baru ada kesempatan nak update blog harini. Untuk pengetahuan semua, 4 haribulan yang lalu adalah birthday Ekin tau. Ehehehe, okay saje je nak bagitahu. Kott kottt ada yang nak hulurkan hadiah lagi ke kan...

Siapa pembaca tegar blog Ekin ni, mesti tahu masa birthday Ekin 4hb haritu, Ekin just celebrate birthday dengan my only sister je without my parents. Punyalah berjalan sakan sampai tak ingat nak balik rumah. *kononnya lah. 

Okay, siapa belum baca entry tu.. korang boleh klik je dekat sini: Celebrate Birthday With My Sister

Untuk entry kali ni pulak, Ekin akan bercerita celebrate birthday dengan my parents pulak. Hihi, entry kali ni Ekin bagi chance dekat mak ayah Ekin lah pulak untuk jadi watak utama. Walau sebenarnya Ekin lah empunya pemegang watak utama tu. Kihkihkih.

Kena dengan tajuk entry Ekin kali ni, Me'nate With My Parents maksudnyaaaa Ekin celebrate birthday dekat Me'nate lah... Celebrate secara kecil-kecilan je. Bukan seperti imaginasi engkorang semua yang kononnya ada staff nyanyi kan lagu birthday sambil bawa kek, beramai-ramailah tepuk tangan. Puffff *hancurkan imaginasi korang tu.

Birthday kali ni, mak ayah Ekin bawa Ekin belanja makan di Me'nate dan ini juga merupakan kali pertama Ekin jejak masuk kaki dekat Restoran Me'nate ni. Orang kaya-kaya je yang selalu masuk sini hahh. Hahaha.

Nahh, belanja sikit muka yang kononnya excited nak pergi makan dekat Me'nate.


Nak tahu tak, fakta menarik Ekin tentang Me'nate ni? Kalau nak tahu teruskan pembacaan. Bawah ni je. Ehehhe.

Dulu masa zaman jahiliah, (hoho.. jahiliah lah kan, kiranya tak tahu apa) Ekin pronounced Me'nate ni as 'Me' 'Na' 'Te'. Kadang-kadang, terfikir jugak. Apesal lah di pi buh 'Me' 'Na' 'Te' ni? Owner dia ni dari Kelantan ke? Ke dari Terengganu? Ke sebenarnya owner dia saje letak nama tu, sebab senang sikit nak viral. Marketing strategi lah katakan.

Rupanya, selepas berapa lama berada dalam zaman jahiliyah ni. Ekin up sikit masuk zaman moden. Lepas tu, baru lah tahu cara pronounced Me'nate ni bukan seperti Ekin sebut dulu. Rupanya cara nak sebut dia adalah 'Me' 'Nate'. Ada slang english githeww. Siapa yang sama macam Ekin zaman jahiliyah dulu tu, boleh lah ubah ye selepas baca entry ni. 

Sesampai je dekat Me'nate, staff dekat situ pun guide bawa masuk duduk dekat meja mana. Menu pun sampai. Belek-belek menu, ohh rupanya dekat sini bukan dia serve daging steak semata-mata. Pasta pun ada lah. Mati-mati Ekin ingat dia serve daging steak je uols.

sempat lah juga ambil gambar menu. macam budak jakun first time nak try. hihi
(harga daging yang dipaparkan dekat menu ni adalah harga per 100gram)

Harga dia? Uishh, boleh lah tahan. Hohoho. Siapa-siapa rasa nak reward diri ke, nak belanja awek boypren makan ke. Boleh lah datang ke sini. Tapi jangan selalu lah kecuali duit engkorang memang berkepuk-kepuk sampai tak tahu nak belanja dekat mana kan. Hahh, jemput lah datang ke Me'nate ni setiap minggu. Alang-alang tu boleh ajak Ekin sekali, banyak lagi menu tak try lagi. Ehehe.

Masa datang sini, feeling2 macam aktress korean drama pulak. Kebanyakannya, bila tengok korean drama atau variety show, mesti muka dorang excited sangat bila dapat makan daging. Sampai kita pun ikut terliur jugak. "Sedap sangat ke tu?" Ahahaha.

Okay, jom Ekin sajikan korang semua dengan makanan yang Ekin order haritu. Basically, tak semua lah yang Ekin order. Hihii. Ada makanan Ekin punya. Adik Ekin punya. Ibu Ekin punya. Semua orang punya. Hohoho.

makanan pertama sampai ke meja kami. taraaaa, this one adalah makanan Ekin.

Sebenarnya, masa pilih menu tu tengok dekat gambar macam sedap je. Teringin lah nak try sebab antara carbonara dengan bolognese, Ekin lagi prefer carbonara. Nak kata favorite tu, tak favorite pun.. cuma Ekin lagi prefer carbonara. Eh, kenapa tiba-tiba dah kelain pulak ni. Kihkihkih. Takpe lah, saje nak bagitahu. Huhu.

Okay, review pasal Beef Carbonara ni. Mula-mula, ibu Ekin yang rasa (sebab ibu Ekin memang suka sangat rasa makanan dekat kedai-kedai makan yang kitaorang singgah, sebab nak review kalau sedap boleh datang lagi, kalau tak sedap, ada jodoh kita jumpa lagi gitcheww). And my mom kata Beef Carbonara ni a little bit salty. Ekin pun kata, "masin ke ibu? takpe2, selalu makanan tak sihat ni lah yang sedap". Hohh, mazhab mana kau guna. Hahaha.

Makan punya makan, sampai Ekin pun dah jadi muak. Yelah, dengan sos carbonara nya lagi. Dengan pastanya lagi. Dengan lama kelamaan rasa masinnya lagi. Belum campur dengan selang seli minum air lagi. Hehehehe. 

nahh, kasi zoom sikit. mana tahu ada peminat carbonara macam Ekin jugak.

Alright! Next, kita tunjuk makanan yang ibu Ekin order pulak.

ada rasa macam nak makan sekarang tak?

Ni makanan yang ibu Ekin order. Nama penuh makanan ni apa ntah, Ekin tak ingat. Hehe. Tapi yang penting, ini adalah tidak lain dan tidak bukan Aglio Olio. Ekin dah rasa, this one much better daripada Beef Carbonara yang Ekin order. Tapi, my mom pulak kata aglio olio ni takde rasa unik sangat pun. Yelah, datang Me'nate uols... expectation tu tinggi menggunung. Hehee, tapi memang ibu Ekin sensitif dengan rasa makanan ni. Sebab ibu Ekin selalu pergi kelas memasak kalau ada masa terluang (okay, jap. takde kena mengena pun)


Seperti biasa, air chocolate dengan Ekin memang tak dapat dipisahkan.

Mesti korang ada tanya kan? Datang Me'nate ni, tak order daging steak ke? Oppps, sekejap uols.. mestilah ada. Tapi Ekin yang tak sempat nak ambil gambar sebab daging steak ni dia sampai lepas pasta. Ekin pulak tengah melahap makanan sampai daging depan mata pun, tak nampak.

Ekin sempat ambil gambar yang ni je.


Daging ni tak hangus dibakar arang tau uols. Ahahaha. Filter ni yang menghanguskan dia. Koajaq betul lah filter ni. Nasib baik layout masih lawoo. Daging ni memang lembut, cair di mulut. Nyum nyumm nyummm sangat.

Apapun, Ekin nak berterima kasih kepada ibu dan ayah Ekin sebab sudi belanja makan dekat Me'nate. I love you, muahh muahhhh muahhhhh. 

Lepas kenyang-kenyang makan, ayah bawa pi jalan-jalan beli barang dapur pulak. Ahaha.


Late night but still try to update my blog content and todayyyy (yeayyy) is my birthday! Ekin rasa happy, rasa excited je bangun dari pagi tadi. Sampai sekarang tak habis lagi. Nampak tak betapa gembiranya Ekin nak sambut hari tua. Hahaha. Ekin berani cakap lah, siapa je yang tak happy atau rasa gembira sambut birthday dia kan? Betul tak?! Please say that I am right! *sambil tunjuk jari paksa orang cakap betul. Ish, tak patut betul Ekin ni.

So, disebabkan today is my birthday... My sister and I bercadanglah untuk keluar berjalan jalan sambil menghabiskan duit giteww. *sambil baling baling duit. Mula-mulanya ingat nak berjalan jauh sikit ke Sunway Piramid, check harga Grab pun kiranya masih tak mencekek darah lagi.

Hajat nak pergi Sunway tu disebabkan rasa macam diri ni perlukan hiburan nak main itu ini begitu dan begini. Sambil jalan-jalan cuci mata, boleh lah tengok wayang, main boling ke.. pergi karok sekejap ke. Tapi tu semua adalah hajat semata-mata, tak sedar diri masa akan terhabis time nak tengok wayang tu je.

Bincang punya bincang, so kami orang pergi je lah dekat AEON Bukit Tinggi, Klang. Hahh, pergi balik semua naik Grab. Nasib baik ada Grab, senang sikit nak berjalan sebabnya kawasan rumah Ekin ni susah betul nak dapat public transport.

taraa, Ekin tak tahulah sama ada nampak ke tidak muka kami. ahaha.

Mission Impossible done. Yeyy, akhirnya dapat pun tengok. Overall cerita ni best sangat-sangat. Aksi-aksi yang ada dalam cerita ni memang semua POWER. Hero dia pun kacak gituh. Ahaha #tiberr. Ehh, tiba-tiba dah jadi entry untuk review cerita pulak. Tapi, yang paling tak sukanya bila time nak tunggu cerita tu.. banyak betul iklan yang depa nak tunjuk. Sampai juling mata tengok ni hahh. 



Nasib baik jugak lah kami booking cepat-cepat. Masa nak booking seat tu pun, bukan main penuh lagi panggung. Jadi, kita orang pun ambil lah seat twin ni. Daripada nak kena duduk depan sekali, tak ke patah tengkuk nanti. Ye dak?!

Lepas je tengok cerita ni, cari surau solat kejap. Dah solat, ingat nak terus makan tapi penuh pulak tempat makan nya. So, berjalan lah kejap ke Watsons sebab memang dari asal Ekin nak pergi Watsons beli barang skincare dekat sana. Beli punya beli, tanpa berlengah terus kitaorang berlari pergi kedai makan. Berlari? Ahah, tipu je. Mustahil lah kitaorang nak berlari tengah-tengah ramai orang tu.


Tak disangkal lagi, makanan ni memang makanan feveret Ekin dekat Old Town. Tambah lagi dengan air chocolate, sudah tentu buat I cair gituww. Tapi, my sister order Bihun Tomyam tadi. Ekin pun rasa lah sikit dekat dia. Ya ampunnn, begitu enak ya makanan kamu. Memang sedap lah rasa kuah tomyam dia. Mungkin next order, Ekin akan try order Bihun Tomyam pulak lepas ni. Ahaha, korang kena lah tahu Ekin ni bila dah stick dengan satu benda, memang benda tu jelah yang Ekin pilih sampailah bila Ekin rasa orang lain punya sedap, Ekin pun akan beli benda yang sama untuk next order.

Okay, lepas makan-makan tadi. My sister dengan Ekin pun pergi lah beli barang my mom dekat Daiso. And then, tak lupa juga bawa bekal-bekal sikit dekat rumah. Berjalan jalan pun, ibu ayah adik abang dekat rumah tu kena ingat. Ahahah, takkan lah nak seronok sorang-sorang. Betul tak?

Sebelum balik tadi, kitaorang pun belilah McFlurry Oreo sambil sambil nak tunggu Grab datang. And then, balik!

Anyway, to my dear sister. Thank you for bringing me jalan-jalan harini and melayan kerenah Ekin. Nanti, masa your birthday I will treat you back okay! Saranghaeo..



Harini, disebabkan Ekin tak bawa bekal makanan ke pejabat. Kita order makanan tengah hari delivery through Food Panda. First time jugak lah order makanan dengan Food Panda ni. Hehehe. Nasib baik pandai guna. Nampak ciri-ciri dewasa sikit. Eheh. Nahh, Ekin tunjuk sikit main gambar di edit bersama logo Food Panda. Bukan main gigih lagi. Yelah, bosan-bosan duduk dekat office kita main main edit gambar. *terfikir jugak rasa macam nak tukar course editing pulekk

main gambar taknak kalah uols

Biasanya, setiap hari Ekin akan selalu bawa bekal makanan ke pejabat. Jimat gituww. Padahal, sebenarnya dekat area tempat Ekin kerja ni susah nak cari kedai makan. Nak nakk pulak dengan takde transport. Nak pakai Grab pulak, kena fikir dua tiga kali tuuu. Selagi boleh jimat, kita berjimat lah kan?! Lagi pun, officemate Ekin pun makan dekat office je. So, tak ada lah guee kesunyian gituw.

Okay, mehh Ekin cerita kisah pagi tadi terjadi dekat rumah yang supposedly Ekin boleh je bawa bekal makanan dari rumah tapi tak jadi. Kisahnya bermula sebegini... *fuhh, macam cerita zaman dulu kala pulek.

Macam biasa Ekin akan bangun awal pagi untuk mandi dan solat. Dan kebiasaannya ibulah yang akan bangun lebih awal untuk siapkan sarapan dan bekalan makanan untuk anak dia ni (thank you ibu). Tengah bersiap-siap solek nak pergi kerja, Ekin kedengaran dekat dapur sepertinya ibu lagi goreng telur *dengan nada sinetron hatiku bicara gituww. Tak lama tu, tiba-tiba dengar ibu jerit "Alamak Ekin! Nasi takde lah ni. Harini kena beli nasi dekat luar".

Adehh, Ekin bukannya apa. Ekin lagi prefer makan makanan air tangan ibu daripada air tangan orang lain. Hahaha. Konon nak tunjuk anak yang baik lah ni. Apapun, sebenarnya Ekin tak suka beli makanan dekat luar sebabnya tak tahu lah kenapa selera dia tak sama bila makan makanan yang ibu masak walaupun sekadar nasi dan telur goreng je. Korang sama tak macam Ekin juga?

Masa dalam kereta nak hantar pergi kerja, Ekin dah bagitahu ayah siap-siap yang Ekin taknak beli makanan dekat tempat sama. Ekin nak delivery je. McD ke. Food panda ke. Dah Makan ke. Mana-mana je lah asalkan makanan sampai ke lokasi. Huhuhu.

So, akhirnya Ekin pun decide nak try order makanan dekat Food Panda. Banyak sikit pilihan. Dalam kepala dah fikir dah nak makan apa. Kalau boleh nak order sushi. Lama jugak ngidam nihh. Dengan senang hatinya (walaupun first time) Ekin buka browser dan taip 'Food Panda'. Masukkan lah alamat office ni dan search pilihan makanan apa yang ada.

Loading punya loading... tup tupp keluar pilihan McD je yang ada. Sedih tak dapat makan sushi. Ahaha. McD pun McD jelah. Lama-lama muka Ekin dah macam atuk McD dah. Dekat uni makan McD. Dah kerja ni pun McD menjadi pilihan hati nombor 1. Ekin pun pilihlah menu kebiasaan McD yang selalu Ekin order. Nak checkout tu tengok total dia... ushhh RM24.80 semua sekali. Kalau hari-hari macam ni, boleh bankrupt Ekin. Selalu bawak bekal je. Hari ni terpaksa keluar kan duit. *sobs sobs

Ekin pun tunggulah beberapa minit untuk makanan sampai. Nasib baik order awal. Kalau order lambat tadi, mesti dah terlepas waktu rehat Ekin.

taraaa, nilah menu kebiasaan yang Ekin order dekat McD

MY FAVORITE MENU
-doublecheese burger (set milo)
-apple pie

Tiap kali pergi McD, menu yang sama jugak lah yang Ekin order. Kalau korang tanya, tak bosan ke Ekin? Jawapan Ekin would be definitely NOOOO. Entah lah, Ekin pun teringin juga nak try order menu yang lain. Tapi bila tengok je rasa macam tak berselera. So, Ekin pun stick lah dengan apa yang Ekin selalu order.

Paling penting fries McD memang wajib! Dalam banyak-banyak fries, fries McD lah yang menjadi pujaan hatiku. Tapi, kalau makan banyak-banyak naik muak jugak uols. Kalau dah lama tak makan pulak, jadi mengidam pulekk. Selalunya makanan yang banyak garam ni lah yang jadi makanan favorite. Contoh tak baik betul Ekin ni. *ampunkan sayaaa

always love

terus rasa insaf lepas tengok ni

pilihan poojaan hatiku

lepas korang tengok ni, ada rasa tergoda tak? ahahaha. cheese dia memang tak reti duduk diam

kempen KATAKAN TAKNAK STRAW

Ni lagi satu kisah sedih pendek yang Ekin nak cerita... Dapat je makanan order daripada Food Panda, Ekin ingat nak terus minum air milo yang Ekin order sambil melayan facebook. Belek punya belek tengok ehhh straw tak ada lah. Macam mana i nak minum air ni. I dahaga lah. *sambil belek belek lagi tak puas hati tak jumpa straw

Tiba-tiba ada sticker terlekat dekat tangan (entah macam mana boleh terlekat ntahh). Ekin pun perhatikan satu persatu huruf yang ada.

K.A.T.A.K.A.N.T.A.K.N.A.K.S.T.R.A.W

"Katakan taknak straw?!"

"Ehh, sejak bila Ekin bagitahu taknak straw ni?"

Ahhahaha, diri sendiri pun confuse.

Rupa-rupanya mulai 1 Ogos 2018, menerusi McDelivery ni straw sudah tidak akan diberi demi membina dunia yang lebih mesra untuk generasi yang akan datang. Ekin pun check tarikh. Ohh laaa. Harini lah yang 1 Ogos nya. Tepat betul timing order Ekin ni. Terus rasmi kempen KATAKAN TAKNAK STRAW. Lepasni, korang jangan lah terkejut pulak tiba-tiba order McD tak dapat straw. Korang minum je lah air tu macam dalam cawan biasa. 

Alright! Itu sahaja kisah untuk hari ini. Thank you for those yang sudi membaca. Kita jumpa lagi dalam next content. Saranghaeyo unnies...

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • Nota Lengkap RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)
  • Nota Lengkap RSM (Rutin Sebelum Memandu)
  • The Body Shop Seaweed | Deep Cleansing Gel Wash & Oil Balancing Toner
  • Sneapy Talking Gift Card | Just For You
  • Buat Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) di JPJ Padang Jawa
  • Cara Buka Akaun Bank Islam Al-Awfar
  • Sambut Hari Lahir Ibu di The Grill, Wangsa Maju
  • Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Review
  • Cara Nak Tukar Nombor Telefon untuk Terima 'MSOS Code' Maybank
  • VLOG #2 | Makan-Makan (feat. Membebel Sepanjang Perjalanan)

Categories

  • Ads 4
  • Beauty 37
  • Blogger 15
  • Education 13
  • Fashion 2
  • Flower 1
  • Food 16
  • Game 1
  • Health 4
  • Money 12
  • Personal 57
  • Preloved 1
  • Present 1
  • Recipe 5
  • Travel 2

Blog Archive

  • ►  2024 (4)
    • ►  August (4)
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (33)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (68)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (18)
    • ►  June (12)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (7)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ▼  2018 (53)
    • ►  December (3)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ▼  August (12)
      • Bercuti di Bayu Beach Resort
      • Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-61
      • Hada Labo Hydrating Trial Set For Oily/Combination...
      • Laptop Tiba-Tiba Blackout
      • Chezzy Baked Potato
      • Examination Result Is Out!
      • Tomorrow Is The Day!
      • Blogwalking Time #August2018
      • Trying Out Skincare Routine From HadaLabo
      • Me'nate With My Parents
      • Celebrate Birthday With My Sister
      • Lunch With Food Panda
    • ►  July (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  August (3)

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageview

Copyright © Asyiqin Roslee. Designed by OddThemes