Kenapa duit dalam google adsense tak berubah?

Puas fikir 2,3 kali “kenapalah duit dalam google adsense ekin ni tak bergerak?!”. Hari-hari ekin check, masih di nilai yang sama jugak. Hampir nak give up jugak nih. Baru nak pasang angan-angan untuk terima gaji daripada google. Tup tupp, sesampai je di nilai tertentu... duit tu terus berhenti bergerak.


Korang pernah tak alami situasi sebegini?

Kalau korang nak tahu, sejak ekin letak google adsense dekat dalam blog ni, ekin terus download aplikasi google adsense ni daripada app store. Kalau boleh setiap hari ekin nak check berapa duit yang ekin peroleh daripada google adsense ni. Nampak tak perangai sejenis gila duit dekat situ?! Huihuii.

Setiap hari ekin check app google adsense ni, setiap hari tu jugak lah hati ekin girang gemirang. Sampai lah di suatu hari, guruh-guruh pun berbunyi... burung-burung pun berhenti berkicauan. Fuhh, kemain ayat sastera nauuuu.

Ok sambung balik...

“WHATTTTTTTT?!”

“DUIT DALAM GOOGLE ADSENSE EKIN TAK BERUBAH?!”

Tsk tsk tsk. Terus mengalami kemurungan dekat situ. Tapi takpe, masa tu boleh berfikiran positif lagi. Mungkin duit lambat masuk lah tu. Al maklumlah, syarikat besar kan?! Mesti banyak kerja. Hikhok.

Hari pun berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan... Eh tak takk, takde lah lama sampai berbulan-bulan. Hehe. Entah macam mana satu haritu, ekin terfikir nak buka akaun (login) google adsense ni melalui pc. Selalunya ekin monitor melalui app dia je.

Pastuh, korang tau tak selama ni kenapa duit dalam google adsense ekin tak berubah?! Rupa-rupanya...


Rupa-rupanya... google adsense ada hantar surat layang kepada ekin lah. Korang nampak tak yang ekin kotakkan dekat gambar di atas ni.

Your payments are currently on hold because you have not verified your address.

Congratulations! Your earnings have reached the verification threshold, so we’ve started the process of verifying your account. This will prepare you to receive your first payment once you’ve earned the payment threshold.

Laaaaaaa, patut lah duit dalam google adsense ekin ni tak naik-naik. Rupa-rupanya, dia hold dulu duit sebab ekin dah capai tahap untuk verified kita punya address terlebih dahulu.

So, untuk korang yang baru berjinak-jinak dengan google adsense, once earnings kita dah capai 10% daripada payment threshold... google adsense ni akan hantar nombor pin ke alamat rumah yang kita dah masukkan dekat dalam details google adsense tu.

Macam dekat Malaysia ni, payment threshold kita adalah USD100. Jadi, bila kita dah capai USD10, google adsense akan hantar nombor pin ke alamat rumah untuk kita verify kan account google adsense kita tu.

Baru lah ekin faham selama ni kenapa duit google adsense ekin tak naik-naik. Huhu.

Bermulalah episode penantian surat daripada google adsense ni. Selepas daripada tu, ekin terus search dekat google sebab nak tahu berapa lama masa surat tu ambil untuk sampai ke rumah. Bukan main lagi, kebanyakannya kata sampai berbulan-bulan surat tu nak sampai ke rumah dia. Ada sorang tu, sampai dia request 2,3 kali dekat google untuk hantar semula nombor pin tersebut sebab surat tak sampai-sampai.

Ekin pulak yang nervous jadinya. Risau betul kalau surat tu tak sampai dekat rumah. Tsk tsk tsk. Ekin yakin, mesti ada di antara korang yang tertanya-tanya soalan yang sama macam ekin kan?

“Berapa lama surat google adsense ni nak sampai rumah?”

So, untuk next entry ekin akan kongsikan pengalaman penantian ekin menunggu surat daripada google adsense. Kahkahkah. Dah macam tajuk drama pukul 7 malam dah ekin baca.


Ok gaizzz. Terima kasih sudi membaca. Kalau nak tanya apa-apa soalan, boleh tanya je dekat ruangan komen bawah ni dan jangan lupa untuk tick NOTIFY ME kalau korang nak dapatkan notification reply daripada ekin okeh.

Yang mana ekin boleh jawab tu, ekin akan cuba jawab sebaik mungkin!

~

Follow me:

17 comments

  1. penantian itu menyeksakan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu 😭 tak boleh nak duduk diam masa nak tunggu tuh

      Delete
  2. Alhamdulillah persoalan dah terjawab ya.

    ReplyDelete
  3. betul. dulu pun macam ni. nak tunggu dia sampai tu, tak sabar2 rasanya. good luck cari duit dari adsense. asyukkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak senang duduk nak tunggu dia sampai,, heheee thankyou2.. moga2 lah duit cepat membiak

      Delete
  4. Tahniah da dpt income.. ummi pn xphm cemane google bg income..sb ummi cek bln lepas o.90 bln ni total jadi o.2.. ke ummi yg xreti tgk hehe..follow sini ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik pula kalau makin menurun tu.. kihkihkih.. ataupun kalau nak senang tengok, mungkin ummi boleh download je app google adsense dekat play/app store..

      Delete
  5. Boleh tak awak buat tutorial macam mana nak log in ke app google adsens sebagai youtuber?? Sya dh buat bnyak kali tapi tak boleh dia suruh sign up dulu sedangkan sya dh sign up masa apply sebagai partner youtuber tu!!??!?! plisss help me

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak.. maksud awak aplikasi google adsense eh? kalau website google adsense awak boleh masuk tak? sebab kalau apps.. saya pun tak sure sangat, rasanya apps google adsense dah tak ada.. haritu try nak cari tak jumpa dah.. cuba awak try login through website.. boleh login tak?

      Delete
  6. kenapa ye sy punye duit trshold x update2.. benti kat 93 dolar.. bile nak naik.. sdgkn kat studio da 149dolar...

    ReplyDelete
  7. mungkin dia lambat update.. biasanya dia akan update monthly dekat total payment.. nanti awak try tengok dulu macam mana.. kalau tak, boleh email pada mereka oki :)

    ReplyDelete
  8. Salam. Tahniah.. Mudah-mudahan rezeki bertambah. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete