Assalamualaikum & hi :)
Korang pernah dengar tak mengenai apps Shopback ni? Ekin confirm mesti semua pernah dengar kan?! Sekarang ni, Shopback aktif betul buat iklan tak kira lah sama ada di youtube/facebook atau mana-mana social media. Korang perasan tak?
So, cerita dia semalam ekin punya semangat nak online shopping tu membara-bara sampailah terbeli beberapa item yang ekin rasa entah berguna ke idok. Uhuhuhu. Disebabkan ekin pun dah lama install apps Shopback dekat phone ekin, why not lah kita try beli melalui apps ni kan?!
Paling palingg pun, dapat cashback sekali.
Ehehee, malu sebenarnya nak tunjuk dekat korang cashback yang ekin dapat melalui Shopback ni. Almaklumlah, baru je guna. Tu yang duit ceciputtt je. Nanti, beranak lah ia.
Ok, ekin beli barang dekat Shopee tau... Tapi melalui Shopback lah. Daripada harga barang ekin RM60+, dengan Shopback ekin hanya perlu bayar RM50+ je. Untung gilerrr kan? Adoyai... kenapalah ekin tak guna Shopback ni dari dulu lagi. Uhukhukk. Kalau tak, mesti dah beranak-ranak duit dalam tu.
Korang mesti nak tanya kan, “bila cashback tu masuk dalam akaun kita?”.
Kalau ikut pengalaman ekin semalam, ekin beli barang dekat Shopee dalam pukul 8 malam cenggitu. Pukul 10 malam tu, ekin dapat email daripada Shopback ni mengatakan yang cashback ekin dah dimasukkan ke dalam akaun.
Ekin pun apa lagi. Dengan sepantas kilat ekin buka akaun Shopback, nak tengok “betul ke duit dah masuk ni”. Sebab setahu pembacaan ekin, cashback akan dimasukkan ke dalam akaun kita selepas dua hari macam tu. Ke aku salah? Ahahaa.
Laju betul dorang ni buat kerja. Pukul 8 malam ekin beli barang, pukul 10 malam tu jugak ekin dah dapat cashback balik. Tapi itulah, kalau nak withdraw duit dalam tu... minimum kena ada sekurang-kurangnya RM10 untuk pengeluaran.
Lepasni, kalau family ekin nak shopping online ke apa... dorang kena guna Shopback ekin ni. Kahkahkah. Barulah duit cepat naik. Betoi dak? Pandai dan bijaksana tak ekin?
Ok, in case kalau korang nak register Shopback ni... korang boleh klik je dekat bawah ni tau. Nanti dia akan direct terus pergi ke laman web Shopback.
Kalau orang tanya kenapa ekin suka Shopback? Sudah tentu lah jawapan dia, “sebab dapat cashback balik lerr” Hihihi.
Shopback ni bagus sebab dia dah sediakan banyak platform untuk kita laburkan duit kita kemana-mana sahaja. Daripada fashion, dia pergi ke beauty. Daripada beauty, dia pergi ke travel. Daripada travel, dia pergi pula ke shopping. Memang luas gilerr kategori yang dia ada.
Siapa yang suka online shopping tu, ekin memang recommend dekat korang untuk install Shopback ni dekat phone masing-masing.
Dekat bawah ni, korang boleh tengok antara platform apa yang ada mengikut senarai kategori dekat Shopback.
Shopping | Lazada, Shopee, Taobao, PrestoMall, fave, Qoo10, etc
Travel | agoda.com, booking.com, Expedia, traveloka, malaysia airlines, etc
Fashion | Zalora, FashionValet, Bonds, Cotton:On, adidas, etc
Beauty | Hermo, Sephora, AlThea, etc
Reloads | Lazada, PrestoMall, Qoo10, etc
Dan banyak lagi benefit yang korang boleh dapat kalau korang rajin explore. Lagipun, kita sebagai ‘perempuan’ yang suka sangat dengan online shopping ni mesti akan rasa rugi bila duit asyik keluar je?! Nak masuk punyalah payah. Kan kann kannn?
So, ekin memang recommend 1000x% dekat korang semua untuk guna Shopback ni setiap kali korang nak beli barang online. Bila korang dah dapat cashback korang, baru korang berterima kasih dekat i oki :p
Nak sign up akaun Shopback? Korang KLIK SINI
Segala persoalan atau pertanyan, korang boleh tanya je dekat ruangan komen di bawah ni.
Ohh ye, mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana Shopback ni berfungsi kan? Hahh, korang tengok lah gambar yang ekin tepek dekat bawah ni oki.
Bye!
12 comments
Wah! Boleh cuba ni
ReplyDeletetry tau, paling tidak pun dapat cashback balik 🙆🏻♀️
Deletepernah dengar pasal ni... Tapi akak tak explore pun lagi :)
ReplyDeleteakak kena explore ni.. masyukk heheee
Deletebaru juga explore apps, rasa rugi je before ni shopping online tak guna apps ni.
ReplyDeletekannn,, takpe, lepasni kalau shopping online kita boleh guna shopback je..
DeleteWaaa macam best pulak...ni kalau kaki shopping bagus ni...
ReplyDeleteada la masuk sikit...lambat lagi la nak buleh cash out.
ReplyDeletedone follow ur blog.
thanks for your recommendation
ReplyDeleteSaya pun suka pakai Shopback kalau shopping :D
ReplyDeleteAda juga guna shopback nie.. memang bestlah bila dapat cash balik..
ReplyDeleteTadi shopping shope
ReplyDeleteLupe nak masuk melalui shopback ni
Agak2 masuk ke ye cashback tu