Resepi Pisang Goreng Crispy Rangup

Assalamualaikum & hi :)

Petang-petang macam ni, mesti ada yang tak tahu nak makan apa kan? Kalini, ekin nak share dengan korang semua resepi pisang goreng crispy yang rangup. Ni kalau makan, confirm akan bunyi ‘kruk krap kruk krap’.

Resepi ni ekin minta daripada ibu ekin tau. Ibu ekin ni, kalau bab memasak memang hebat!

Tanpa buang masa, korang boleh tengok resepi pisang goreng crispy rangup ni dekat bawah ok. Resepi ni boleh guna untuk goreng satu sisir pisang.


Pisang goreng ni kalau cecah sambal lagi sedap ni.

Bahan-bahan untuk buat pisang goreng crispy rangup adalah:

~250 gram | Tepung Beras
1/2 sudu teh | Kapur
1 sudu teh | Garam
1 biji | Telur
1 sudu teh | Butter

Air

Campurkan bahan-bahan dekat atas ni, kemudian masukkan air sikit dan kacau-kacau.

Dah selesai kacau-kacau tadi. Korang boleh lah celup pisang, pastu terus goreng. Pisang tu dibuang kulitnya terlebih dahulu tau. Kang ada yang goreng sekali dengan kulit-kulit pisang tu.

Pisang tu terpulang lah dekat korang nak belah dua ataupun taknak. Tips dekat sini, ekin suka pisang goreng yang manis-manis. So, kalau nak pisang goreng manis.. korang kena beli pisang yang dah masak. Nak tahu rupa pisang yang dah masak, boleh google je tau. Tadi, lupa nak tangkap gambar. Huhuu~

Ok, semoga resepi ni bermanfaat untuk korang. Jangan lupa untuk mencuba. Bye!

11 comments

  1. wah sedapnya. lama tak buat pisang goreng sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sangat sangattt.. kalau makan panas2 lagi nikmat nih.. wohoooo

      Delete
  2. Awh, ada pakai butter jugak eh? Nad tak pernah lagi buat pisang goreng pakai butter. Boleh try resepi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, resepi ibu ekin pakai butter.. cubalah nanti 👍🏻

      Delete
  3. pakai butter rupanya rahsia dia :-)
    ada orang pakai susu cair / santan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihiiii, oppsss pecah dah rahsia kita 😆🤣

      Delete
  4. Sedapnya pisang. Pakai butter ya.

    Boleh lah try nanti

    ReplyDelete
  5. tepung dia tu kalau sedap memang umph la.. buat sendiri juga puas hati kan.. tq share..

    ReplyDelete
  6. tetiba rasa nak amkan pisang goreng la pulak..hehe
    thanks atas resepi yang mudah dan simple ni.

    ReplyDelete
  7. Hi , I nak share Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap Dan Mudah.
    Source and citation: http://resepipisanggorengrangup.blogspot.com/

    ReplyDelete