Dekat mana nak recycle botol-botol produk skincare?

By Asyiqin Roslee - Thursday, July 11, 2019

Assalamualaikum & hi :)

Tertanya-tanya tak, dekat mana kita nak recycle botol-botol produk skincare kita? Tak kisah lah botol produk skincare ke, beauty care ke ataupun hair care sekali pun. Paling tidak mesti kita akan terus buang ke tong sampah je kan?!

Haritu masa tengah kemas botol-botol skincare yang dah habis, ekin tertanya-tanyalah jugak.

“Ada ke tempat untuk recycle botol-botol ni eh”
~
Tapi pertanyaan tu sekadar pertanyaan jelah. Jawapan pun ekin tak jumpa. Punyalah malas nak buat research time tu. Ekin pun terus lah humban ke tong sampah besar tanpa banyak soal dah.

Dannnnn, baru-baru ni ekin ada jumpa satu beauty store yang menerima segala jenis botol skincare, beauty care dan haircare dari segala jenis brand untuk di-recycle-kan oleh mereka. Fuhhh, nokhtah.

Dan yang paling bestnya. Setelah kita recycle botol-botol skincare yang dah habis tu, kita akan dapat FREE travel size produk daripada mereka. Uwaaaaaaa, ruginya ekin pergi buang botol-botol skincare tu dulu.

Ok takpe takpe. Life must go on!

Nak tahu beauty store apa yang terima botol kosong skincare produk yang dah habis ni?

“L’OCCITANE”

Korang mesti pernah dengar kan?! Bukan calang-calang nama dah lagi. Ekin in love dengan skincare brand daripada dorang ni sebenarnya tau.


L’OCCITANE EN PROVENCE in partnership with iCYCLE ni, bersama-sama menjalankan first recycling program (BIG LITTLE THINGS) bagi menyediakan penyelesaian untuk pengasingan sisa dan kitar semula barang barangan penjagaan diri.

One thing yang ekin suka dengan program yang dianjurkan oleh L’OCCITANE ni adalah mereka menerima segala jenis botol kosong from any beauty brand tau. So, tak perlu lah risau “saya tak pakai produk L’OCCITANE ni, tak boleh lah nak recycle”. No-no-no-no! They accept any beauty brands ok.

Dekat bawah ni ekin list kan antara produk-produk yang mereka terima untuk panduan korang semua. Kang ada pulak yang pergi bawak botol kosong air mineral, memang ekin ketuk kepala sorang-sorang. Asingkan dulu botol-botol kosong sebelum nak bawa pergi recycle ok!

(please make sure yang korang dah bersihkan barang-barang yang nak di-recycle-kan tu sebelum hantar ke any L’OCCITANE stores)

BEAUTY PACKAGING
lip balm tubes, makeup remover bottles and pumps, fragrance bottles and pumps and deodorant sticks

SKIN CARE PACKAGING
face care packaging, refill pouches and dispensers and tubes for shower gels, facial cleansers and body lotions

HAIR CARE PACKAGING
pumps and caps from shampoo, conditioner bottles, hair care dispensers and containers, hair product trigger heads and refill pouches


Jangan risau sebab korang takkan balik dengan tangan kosong je. Sebab apa?

Sebab korang akan dapat FREE travel size produk daripada mereka seperti yang ada dalam gambar dekat atas ni. Best kan?!

Jadi, jom lah kita sama-sama menjayakan recycling program pertama yang dianjurkan oleh L’OCCITANE ni. Sambil kita recycle botol kosong produk skincare, sambil kita dapat FREE travel size produk L’OCCITANE.

Ohhh ya. Lupa nak bagitahu korang.

Recycling program ni hanya ada di 15 participating stores ni je tau.

One Utama | Setia City Mall | The Gardens | Queensbay Mall | Sunway Pyramid
Gurney Plaza | Sogo KL | Southkey Mall | Suria KLCC | Pavilion
IOI City Mall | Bangsar Village | Mahkota Parade | Imago Shopping Mall | The Spring Mall

Nak tahu lebih details mengenai BIG LITTLE THINGS, first recycling program yang dianjurkan oleh L’OCCITANE ni boleh klik link dekat bawah.


Ok, jangan lupa untuk share benda bagus ni dekat kawan-kawan korang yang banyak botol-botol kosong produk skincare tu.

Thanks for reading and bye!

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Woah terbaik la L’OCCITANE ni ^^. Bagus program cam ni menyelamatkan alam sekitar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2, sambil menyelamatkan alam sekitar.. kita dapat free travel size produk dorang jugaa

      Delete