Assalamualaikum & hi :)
Setelah sekian lama ekin nak rasa Premium Harimau Milk Tea daripada Cool Blog ni, akhirnya dapat juga ekin merasa air ni. Dari haritu lagi ekin minta adik laki ekin tolong belikan air ni. Tapi, asyik bertangguh je. Nasib lah tadi dia kata nak tolong belikan air ni untuk ekin. Terus sayang lebih dekat adik ekin nih.
Bila dah dapat minum, tu yang semangat nih nak terus review. Ohoks.
Ok. Tanpa berlengah lagi, jom kita tengok rupa Premium Harimau Milk Tea daripada Cool Blog ni acengguane. Kenapa harimau eh? Ada taring dia ke? Lepas minum boleh jadi kuat macam rimau ke? Aaaa... jom kita tengok.
Tang taraaaaa!!!
Ni lah dia rupa Premium Harimau Milk Tea daripada Cool Blog ni. Agak sedikit terkilan lah sebab depa kata bubble a.k.a pearl dah habis. Huhuuuu~ Pearl tu lah yang penting. Sambil minum boleh kunyah-kunyah. Tapi takpe. Janji ekin dapat air ni pun dah kira ok lah daripada takde.
Hahhh, masa berkenalan dengan air ni ekin tertanya-tanya jugak lah. “Kenapa harimau?”. Takde pulak gambar rimau setelah dibelek-belek. Nak kata rimau datang sergah lepas minum air ni pun, takde pulak rimau ni datang berkunjung ke rumah.
Alahai, rupa-rupanya setelah ekin baca review orang lain... barulah tahu kenapa nama dia harimau. Sebabnya kalau korang perhatikan dengan menggunakan pancaindera korang yang ke-enam, korang akan perasan yang air gula dia ni macam kena cakaran harimau gitchueww.
Siapa tak nampak tu, maknanya korang normal lah ada lima je pancaindera. Yang boleh nampak tu, korang hebat! Hohooo.
Close-up sikit lah air gula dia. Isk isk.. sedih bila tengok pearl takde. Gue mahu pearl mbak.
Korang nak tahu satu benda tak?
Ekin baru perasan yang adik ekin tak bagi straw pun nak minum?! Yaaaaa.. gimana mau kacau-kacau gulanya dibawah?! Waduh waduhhh... adik gue. Kok itupun bisa terlupa? Ini bisa dibawa ke muka pengadilan inihh.
Ok. Cukup drama pendek kita tadi. Nasib baiklah penutup dia ni mesra-minum. Ahahaha, eh ada ke perkataan mesra-minum dalam kamus dewan bahasa dan pustaka ni? Kalau tahu cikgu bm ni, mahu kena rotan.
Takpe... takpe... Ekin cuma nak bagitahu yang penutup dia ni korang boleh minum pakai straw atau minum cenggitu je. Sebab dia dah sediakan lubang khas untuk cocok straw dekat situ. Kalau nak terus minum cenggitu, boleh bukak je benda “love kecik” warna merah dekat situ. Pastuh minum macam biasa.
“Ekin.. nak tahu rasa dia macam mana?”
“Worth to buy ke tidak?”
“Rasa dia ok ke tidokkk?”
“Ada rasa rasa nak beli lagi ke tak?”
Ok ok. Korang watlek watpis dulu eh. Bawa bertenang. Kejap lagi ekin bagitahu my personal opinion tentang air Premium Harimau Milk Tea daripada Cool Blog ni. Nak tahu? Baca dekat bawah ni.
PREMIUM HARIMAU MILK TEA REVIEW
Nama: Premium Harimau Milk Tea
Brand: Cool Blog
Harga: RM6.50
First time rasa? Bagi ekin air ni rasa macam air teh tarik dekat kedai mamak je. Cuma ada tambahan air gula dia dan bubble (kalau korang minta nak bubble). Yelah, nama pun milk tea bahasa omputih dia. Kalau bahasa kita dipanggil teh susu.
Bagi ekin, air ni so-so je. Mungkin sebab ekin ni bukan penggemar teh susu sangat. So, rating ekin bagi 4/10 je. Dia takde rasa ‘umphh’ yang tarik ekin untuk beli lagi. Tapi, untuk peminat teh susu korang boleh lah try beli cuba dan rasa.
Nak beli lagi ke taknak?
Mungkin tak kot, sebab ekin lagi prefer oreo chocolate smoothie with pearl dia je. Anything yang ada coklat, bagi ekin je untuk habiskan. Hohoho~
Ok, itu sahaja. Bye!
9 comments
Baru ingt nak beli, tapi bila so-so, hurm mls la nak bazirkan rm7 untuk ni..haha
ReplyDeletehehehehe , flavour ni jelah ekin tak berapa suka,, yang lain ok jeh
DeleteBila dah dapat rasa dah lepas hajat...alhamdulillah..lega..
ReplyDeletealhamdulillah, legaaa sangat2 😆
DeleteOWh.. teh susu ye.. memang tak belilah.. tak minat teh susu..
ReplyDeletesamaa lah kitaa
DeleteSekarang ini memang semua tengah demam boba, banyak kedai boba dibuka di mana-mana lagi2 mall
ReplyDeleteWah~ saya hara pada lori sejuk beku boleh hantar milk tea ini ke rumah saya hahahaha. Thanks for the sharing ya. I love your blog and keep writing!
ReplyDeletenampakkk sedapp tu
ReplyDelete