Kurangkan Rasa Sakit Senggugut Dengan “Menstrual Pain Relief Heat Belt” Daripada Emrys Home & Flexwarm

Ok. Hello and hi to all my readers.

Actually, a few days ago Ekin ada post gambar ni dekat my social media and I got a lot of people DMs me asking what on my waist?! Ahahaha. Pink pink gituww. Buku pink… dekat pinggang pun nak pink jugak. Habis semua benda nak pink.

Menjawab segala persoalan, muncul lah satu entry baru dekat blog Ekin ni. Sebenarnya, Ekin memang plan nak share dengan korang semua benda ni. Disebabkan ramai yang bertanya, tu yang muncul satu kerajinan nak menaip dekat blog ni cepat cepatt.

Alright!

Kalau korang nak tahu apa yang Ekin pakai dekat pinggang tu sebenarnya adalah menstrual pain relief heat belt je. Alahhh, yang selalu keluar dekat iklan kalau senggugut suruh pakai tali pinggang yang ini. Hahh.. yang tu hahh (engkorang iya kana je lah ok). Kalau korang tanya brand apa yang Ekin guna ni, Ekin memang ambil dari brand Emrys Home & Flexwarm. Dekat penghujung entry ni nanti Ekin tepek kan link untuk korang ye. Baca sampai habis dulu. Bagi Ekin memang okay lah brand ni.


Dari dulu lagi Ekin memang cari benda alah ni. Hari tu, ternampak pulak iklan menstrual heat belt dari Emrys Home & Flexwarm ni… Macam tau tauu je kita tengah mencari. Ekin pun, apa lagi. Go buy and checkout lah jawab dia. Iklan dia pulak membuatkan Ekin terpukau untuk dapatkan satu. Barulah namanya perempuan kan? Hehehe. Ada je benda dia nak cekup.


Nasib baiklah senang nak berurusan. Servis pun tip top. Sekejap je dah sampai rumah. Ni yang suka lebih ni. Actually, heat belt ni kita boleh pilih sama ada nak ada powerbank sekali atau tak nak. Ekin memang ambil sekali dengan powerbank dia sebab powerbank Ekin yang sedia ada ni besar gajah yakmat. Bertambahlah lagi koleksi powerbank sayaaaa.

Kalau nak tahu, menstrual heat belt ni dia dah ada pocket khas untuk kita letak powerbank tu tau. So, tips membeli dekat sini… kalau korang rasa powerbank sedia ada korang tu muat untuk masuk dalam pocket dia ni, korang tak payah lah beli sekali dengan powerbank dia. Kalau tak muat, korang belilah sekali. Ahahaha. Bukan apa, sebab nanti korang susah asyik nak kena pegang je powerbank tu kalau tak muat. Kan dah tak seronok dah tu kalau tiba-tiba nak buat aktiviti lain ke apa. Hahh, berguna tak tips iols?


Ini lah dia rupa sebenar menstrual heat belt daripada flexwarm ni. Nampak tak? Heat belt ni dia dah siap ada pocket untuk letak powerbank tu sekali. Senang dan mudah je kan?! *angguk cepat!

Kebiasaannya kalau datang senggugut tu, Ekin memang akan pakai terus heat belt ni. Awal-awal tu Ekin akan baring sekejap sampai rasa selesa sikit.. kira onz, terus sambung balik kerja tadi. Apapun, heat belt ni dia buat kita rasa selesa dengan setting temperature yang dia dah set kan tu. Rasa warm je bila pakai tu. Kira sedap lah cerita dia.

Ekin memang recommend menstrual pain relief heat belt from Emrys Home & Flexwarm ni dekat korang. Selain nak bergantung dengan ubat tahan sakit tu… ada lah lebih baik kalau kita guna alternative lain kan. Betoii dak?

In case kalau korang nak tanya apa-apa berkenaan dengan menstrual heat belt ni, korang boleh tanya je di ruangan komen dekat bawah ni tau. Ekin tepekkan sekali dengan link dia kot kott lah korang nak cari more infos mengenai heat belt ni.

Facebook: Emrys Home
Instagram: @emryshome
Shopee: Emrys Home

Pssttt, ada berita baik untuk korang semua. Team Emrys Home ada bagi diskaun sebanyak 18% off untuk kesemua pembaca blog Asyiqin Roslee. Caranya mudah sahaja. Untuk menebus diskaun ini, korang hanya perlu memasukkan code voucher AYR18 semasa nak checkout pembelian tu nanti okay :D

Jom kita enjoy!

1 comments

  1. Boleh dicuba ni.. org dah kawin mcm mama pun Ada senggugut tau

    ReplyDelete