Cerita Hari Raya Kedua

Siapa belum baca cerita hari pertama ekin, klik sebelah ni dulu https://asyiqinroslee.blogspot.com/2019/06/cerita-hari-raya-pertama.html. Entry kali ni pulak, ekin nak bercerita mengenai cerita hari kedua pulak. Hmmm, tak tahu lah cerita ni menarik ke tidak. Tapi korang baca jelah. Ohohoho.


Untuk raya kedua ni, kita pakai tema colour hitam. Sebenarnya, tahun ni memang beli baju raya sehelai je. Tapi, sebab kan haritu ada beli jubah hitam ni kira kita anggap jelah ni outfit baju raya kedua kita. Yang penting, asal kan berbaju lahhhh.

Biasanya raya kedua ni ekin memang jalan beraya ke pahang. Tapi sebab kan semalam sampai lewat dekat rumah. Memang raya kedua ni takde plan nak berjalan ke mana-mana pun.

Tengah hari pulak dapat message, anak family yang ibu ekin pernah jaga nak datang beraya. Punya lah suka sebab ekin memang selalu main dengan anak dorang. Jaga pulak dari baby lagi. Rindu.

Sampai-sampai tu, dia taknak balik pulak. Katanya nak duduk rumah ummi. Dia panggil my mom as ummi. “Farhat rindu dengan ummi”. Alaaaaaa, dah besar pun budak ni.


Petang tu beraya ke pahang. Last minute punya plan. On the way ke pahang, tengok lane sebelah... jalan jem sungguh! Macam mana lah nak balik kl semula.

Tiap 30 minit asyik tengok waze je. Line merah tu, jalan jem lah tanda dia. Tak waze, kita tengok google maps pulak. Pun merah. Terpaksa lah menunggu lagi dekat rumah ni sampai jalan clear. Dua tiga kali lah jugak asyik menguap ni. Bila lah boleh balik.


Sampai tengah nalam tengok waze jalan nak balik kl tak clear lagi. Kitaorang pun bermalam lah dekat sini dulu. Lepas subuh nanti baru gerak balik. Gambar ni pun diambil dengan masing-masing muka baru bangun tidur.

Nasib baik jalan clear nak balik rumah. Senang hati makkk. Okay lah. Nak sambung tidur dalam kereta balik.

2 comments

  1. Tension kan kalau tersangkut dalam jem... huhuu. Pandu cermat jiwa selamat, Selamat Hari Rayaaa :D

    ReplyDelete