Becoming an Influencer with Narratrs

Assalamualaikum & hi :)

Mesti ramai yang tertanya-tanya, macam mana lah influencer ni boleh jadi influencer kan? Dapat review barang, dapat makanan free, boleh travel kemana-mana sahaja dengan percuma. Dan yang paling penting sekali mereka boleh buat duit secara online. Untungnya mereka kan?

Jadi, untuk segmen HOW TO kita kali ini. Ekin nak kongsikan dengan anda semua, bagaimana ingin menjadi seorang influencer bersama Narratrs.


Mungkin ramai yang tidak mengenali Narratrs dan mungkin juga ada yang baru pertama kali mendengar mengenai Narratrs. Narratrs ini merupakan satu laman dimana influencers dapat mempromosikan produk daripada klient. Dan klient daripada Narratrs ini juga adalah  klient dari syarikat yang ternama.

Influencer yang dapat mempromosikan produk/kempen daripada Narratrs ini akan dibayar dalam bentuk USD. Untuk satu kempen sahaja boleh mencecah $60.00 dan bayangkan jika nilainya ditukar kepada MYR. Tinggi kan nilai dia?  Sebabkan itulah ramai yang berebut-rebut ingin mempromosikan  kempen daripada Narratrs ini kerana mereka akan dibayar dalam bentuk USD.

Apa yang menarik mengenai Narratrs ini adalah mereka mempunyai aplikasi telefon dimana ianya menyenangkan pengguna untuk mohon sesuatu kempen. Aplikasi Narratrs boleh didapati secara percuma di play store/app store.


Ini adalah contoh interface untuk aplikasi Narratrs. Seperti yang anda lihat, ada ratusan influencer yang memohon untuk sesuatu kempen dan hanya mereka yang menepati karakter yang diinginkan klient sahaja akan terpilih untuk mempromosikan kempen mereka.

“Narratrs ni ada minimum requirement followers ke?”

Yup, ada. Kalau anda nak join Narratrs, anda perlu mempunyai minimum 1000 pengikut di media sosial. Rata-rata, mesti ramai pembaca blog Ekin dah melebihi 1000 pengikut di instagram masing-masing kan? Jadi, kalau anda semua nak join Narratrs anda boleh klik sahaja link dekat bawah ni.


Kalau anda ada apa-apa pertanyaan mengenai Narratrs, komen je dekat ruangan komen dibawah ini yea. Ok, itu sahaja yang Ekin nak kongsikan bersama pembaca blog Ekin semua. Bertemu lagi kita dalam segmen yang seterusnya.

Tutup salam. Bye!

4 comments