Dah masuk bulan Syawal dah pun kita. Menandakan bulan Ramadhan telah pun tamat dan masuknya bulan di mana umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bila sebut je pasal raya, mesti masing-masing ada kisah atau cerita raya korang tersendiri kan. Ada yang balik beraya di kampung dan ada je yang berada di bandar. Mana-mana pun best... janji RAYA!
My big raya family belah ibu. Tapi yang ni pun tak berapa nak lengkap lagi sebenarnya. Tahun ni merupakan tahun pertama beraya tanpa arwah atuk. Selalunya, hari raya pertama ni atuk lah yang akan plan nak ke rumah sedara yang mana.
Kalau beraya dengan family belah ibu ni, memang konvoi je lah jawabnya. Maklum lah, nenek pun ada dekat kl je. Selalu, lepas solat raya satu big family ni terus konvoi ke melaka lawat adik beradik nenek dan makcik dekat sana.
Sempat lah jugak nak ber-ootd pagi raya. Tahun ni kitaorang #teamrayapurple. Tema ni valid untuk para wanita sahaja sebab ayah dengan adik laki ekin tema dorang warna biru langit. Jadi lah, team raya purplebiru. Pun boleh lah. Janji bertema.
Disebabkan perjalanan jauh ke melaka (jauh lah sangat kan!), kudap kudapan dalam kereta ada lah benda yang penting kena ada. Favourite ekin pulak memang mister potato yang perisa ubi keledek ni. Boleh jadi addicted benda alah ni. Ni kalau sekali ngapp, mahu terus habis sebotol.
Dah habis melawat kubur, ziarah sedara dekat melaka... perhentian terakhir kitaorang sebelum pulang ke kl adalah dekat rumah makcik sedara ekin. Tiap tahun memang semua akhir sekali akan berkumpul dekat sini. Memang dah jadi satu kewajipan kitaorang akan bergambar sebelum semua balik rumah masing-masing.
Para ibu pun nak bergambar jugak. Terselit pulak adik beradik kembar dekat situ.
Habis bergambar dekat rumah makcik ekin. Semua pun dah nak balik rumah masing-masing termasuklah ekin sekali. Pung pang pungg panggg pungggg pangggg, habislah syawal hari pertama kita.
Sampai rumah, ada lah dalam jam nak dekat 2 pagi lah jugak. Cuci muka semua, tiba-tiba rasa segar pulak. Padahal, dalam perjalanan nak balik tadi punya lah mengantuk sampai tercari-cari katil. Bila dah sampai, terus tak jadi nak tidur. Tu yang dok meng-update blog tengah pagi ni. Ada ke yang baca? Hihuuuu~
Itu sahaja cerita raya pertama ekin. Gambar memang tak banyak ambik sebab harini asyik rushing kesana kemari melawat sedara mara yang ada. Hmmm, agaknya esok nak beraya mana lah pulak ye?
4 comments
besar family best la ramai2 lepak sama2 balik beraya sekali.
ReplyDeletecantik bajuuu =)
selamat hari rays Asyiqin n family :)
ReplyDeleteSelamat hari raya.. meriahnya keluarga besar dia
ReplyDeleteSelamat hari raya, awak :)
ReplyDelete