Menu Berbuka Puasa Harini

Assalamualaikum & hi :)

Bukan main lagi tajuk entry Ekin malam ni. Kita kan dalam bulan syawal, boleh pulak ada entry menu berbuka puasa. Ni nak tanya nih, korang semua dah start ganti puasa ke belum? Ke ada yang dah mula buat puasa 6?

Siapa yang dah mula ganti puasa dan puasa 6, Ekin nak ucapkan syabas dan tahniah lah dekat korang. Tak semua yang mampu berpuasa macam korang dengan godaan pelbagai juadah makanan yang ada masa hari raya. Tahniah tahniah. Tepuk tangan sikit.


Tiba-tiba malam ni rasa rajin sikit nak meng-update entry dekat blog. Nak update entry menu berbuka puasa pulak tu. Luar jangkaan betul Ekin ni. Ekin sendiri pun pelik dengan diri sendiri. Tak pernah pernahhh update menu masakan dekat rumah, boleh pulak terajin malam ni.

Sebenarnya, Ekin saje je nak tunjuk dekat korang template baru blog Ekin ni. Korang ada perasan ‘something’ yang berubah tak? Actually bukan ‘something’, tapi ‘the-whole-thing’ Ekin ubah. Suka pulak dengan template blog Ekin yang baru ni. Tu yang rajin tuh.


Okay, menu malam ni ibu Ekin masak ayam kerutub. Kena mention ibu yang masak. Nanti ada pulak yang serang Ekin minta resepi ke apa. Tugas Ekin dekat dapur tolong kacau kacauu je. Tak kacau lauk, Ekin kacau ibu Ekin.


Menu kedua malam ni adalah sambal sardin. Dekat rumah ni memang wajib kena ada sambal. Adik beradik Ekin semua memang hantu sambal. Takde sambal depa taknak makan. Sampai macam tu sekali. Ok, gurau gurauu. Sambal ni memang menu wajib kena ada dekat rumah. Baru lah ‘umphhh’ sikit.

Bebel panjang-panjang nak bagitahu menu berbuka je.

Ok, itu je yang Ekin nak update dekat sini. Cuma nak tanya dekat pembaca blog Ekin, korang setuju tak menu sambal ni memang antara yang wajib kena ada setiap kali nak makan nasi?

2 comments

  1. Tahniah
    Selamat berpuasa ganti dan puasa 6
    Sedap menunya

    ReplyDelete
  2. Minta share resipi kedua-dua lauk ini! Nampaknya menarik dan sedap. Minggu ini saya plan nak pergi pasar raya beli bahan-bahan segar yang dihantar dengan lori makanan dan masak untuk keluarga saya.

    ReplyDelete