Macam Mana Nak Dapatkan Game Dekat IG Story?

Assalamualaikum & hi :)

Macam mana nak dapatkan game dekat IG story?

Hahh, perasan tak sejak kebelakangan ni ada orang boleh main game dekat ig story? Mesti tertanya-tanya kan, macam mana dorang boleh main game dekat situ. Check ig story kita, takde pulak button game dekat situ. Check dekat filter pun takde. Mesti frust, cari carik tak jumpa.


Untuk entry kalini, ekin akan dedahkan buat mereka yang tak tahu macam mana nak dapatkan filter game dekat ig story. Nanti, takde lah korang noob sangat kan. Bestnya ada ig story game ni, korang boleh hilangkan rasa bosan tatkala kesunyian githchueww.

Cara nak dapatkan filter ig story game ni senang je. Confirm korang pun terkejut. Ok tak tak. Korang mesti relax je kan. Benda boleh relax, buat apa nak terkejut. Betul dak?

Ok. Cara dia korang follow je instagram mereka yang ekin listkan dekat bawah ni untuk dapatkan filter ig story game dorang. Kenapa kena follow? Sebabnya dorang ni lah creator games dekat ig story. So, korang kena follow mereka ni untuk access filter yang dorang sendiri create dekat ig story.

Tanpa berlengah lagi, jom kita tengok game apa yang menarik dekat ig story.

Instagram username: @dvoshansky

IG story game : FLYING FACE

Game ni first ig story game yang ekin main. Cara dia korang kena kenyit-kenyit mata untuk melepasi halangan yang ada di depan. Game ni nak main sorang boleh, nak main dengan partner pun boleh. Follow jangan tak follow.

Instagram username: @podrugi_persa

IG story game : lop-lop

Game kedua yang ekin main adalah lop-lop. Ekin pun tak tahu kenapa nama dia lop-lop. Yang penting cara nak main game ni sama je macam FLYING FACE tadi. Korang kena kenyit mata untuk melepasi halangan yang ada dekat depan. Rate untuk game ni bagi ekin lagi susah nak dapat banyak point berbanding FLYING FACE tadi. Kalau korang dapat point more than 10, ekin tabik hormat lah dekat korang. Hoho. Follow jangan tak follow.

Instagram username: @sangexd

IG story game : motogame

Game ketiga adalah motogame. Ni pun kira susah jugak ni. Cara dia korang kena teleng kepala ke kiri dan ke kanan untuk tidak berlanggar dengan halangan di depan. Nampak macam senang. Sekali kalau dah main tu, boleh tercabut kepala tu. Ok tak takk, gurau je... gurauuu. Follow jangan tak follow.

Setakat ni, tiga game ni je yang ekin tahu kewujudan dia untuk korang main dekat ig story. Ekin pun tak pasti kalau sebenarnya ada lebih daripada tiga ni. Mungkin korang yang dah pro-pro ni boleh komen dekat bawah share sekali dekat sini.

“Ekin, saya dah follow instagram dorang ni. Tapi kenapa takde pun filter game ni?”

Ok, tenang. Bawa bertenang. In case korang mengalami situasi seperti di atas, jangan risau. Kalau korang dah follow creator game ni tapi filter game tak keluar dekat ig story. Apa yang korang boleh buat, cara pertama cuba refresh instagram korang dulu. Kalau tak menjadi, baru korang kena log out dan log in semula. Itu sahaja. Senang je.

Ok lah. Dah tahu macam mana nak dapatkan filter game dekat ig story korang kan? Jangan lupa bagitahu dengan kawan-kawan yang lain. Selamat bergumbiraaaa.

Bye.

2 comments