My Kesayangan Rose Water Pecah!

Di suatu petang yang hening, benda yang paling ekin taknak terjadi akhirnya menjadi kenyataan juga. Rasa sedih terpaut-paut hingga menyanyi pun tak berlagu. Agithcuwww.

Kejadian ini terjadi semasa seorang suspek sedang mengemas rumah. Dan setibanya suspek tersebut mengemas biliknya, kedengaran bunyi seperti kaca sedang pecah memecah suasana. Suspek terhenti seketika. Apabila suspek pusing kebelakang, dia tergamam. Melihat air mawarnya sudah pecah. *make sure korang baca macam pembaca berita eh


Ni lah orang kata. Kalau benda nak jadi, akan jadi juga. Ekin punya lah sayang sampai letak dekat atas lantai sebab taknak bagi pecah. Akhirnya, pecah jugak.

Botol ni jenis kaca, sebab tu ekin tak letak atas rak. Risau kalau terlanggar masa nak kemas itu ini, nanti kang jatuh pecah pulak. Tapi, letak atas lantai punnnnn boleh pecah jugak. Apooo dahhh.

Rose water ni pulak susah nak dapat. Ekin ada rose water ni pun sebab culik mak ekin punya. Kahkahkah. Ibu beli nak bubuh dalam masakan, ekin pulak pergi rembat buat tepek kat muka. Memang padan lah benda alah ni nak pecah.

Bila tanya, “ibu, dekat mana nak beli rose water ni?”. Ibu cakap, “dekat kedai arab ada”. Alalalahhh, kedai pak arab mana lah ekin nak pi carik pulak ni. Ohohoho, sendu kejap. Sedih sebab rose water ni pecah. Ekin sayang kottt. Pagi petang siang malam ekin pakai. Pastuh pecah! Huaaaaaaa.


Tengok lah ni. Pandai pulak dia pecah part atas tu je. Ingatkan dapatlah selamat kan air dia sikit. Angan-angan musnah bila tengok habis semua air mawar dia ni dok atas lantai. Ekin pun lap lah sambil mengenang nasib yang tak seberapa nih. Sedih pilu semua ada.

Ekin pun tak tahu lah kenapa boleh beria-ria pulak nak sedih sedihh ni. Hohoho. Benda boleh beli kot. Buat apa nak sedih. Huhu.

Okay lah. Hujung minggu ni ekin nak buat misi mencari rose water dekat kedai pak arab. Engkorang doakan lah supaya ekin dapat jumpa rose water ni. 

5 comments

  1. Moga misi mencari dipermudahkan ya..

    ReplyDelete
  2. aduhhhh sayangnya semua tak dapat diselamatkan. Semoga dapat jumpa rose water ni. All the best!

    ReplyDelete
  3. Halala kesiannya miga dpt ganti ye

    ReplyDelete
  4. hai there! i'm blogwalking here^^

    hehe, biasa laa bila barang kesayangan yang pecah, rasa sedih tu lain macam sikit huu

    ReplyDelete