Menu Yang Selalu Order Dekat Nando’s Malaysia

Kembali kita dalam borak-borak mak jemah...

Semalam masa tengah bersantai-santai duduk dekat rumah sambil scrolling feed instagram tengok ootd raya orang, my parents suruh bersiap nak pi keluar. Ekin ni kalau diajak keluar kena bagitahu destinasi mana nak dituju tu. Tapi, my parents ni selalu sangat suka taknak bagitahu nak pi mana.

Bila ditanya, “ibu, japgi kita nak pergi mana?”. Dibalasnya, “tak tahu, ayah suruh siap je. pukul 3 nanti siap siapp”.

Pening sebab tak tahu nak pakai baju apa je sebenarnya. Haha. Kangg kita pakai baju seluar, ayah bawak pergi beraya rumah orang. Kan dah jadi aneh dekat situ. Bila pakai baju kurung, ada pulak yang pergi pusat bowling... ada yang viral satgi. Last-last, pakai je lah baju seluar. Malas nak fikir panjang.

Masuk kereta, ‘vroom vroommm’. Tengok jalan familiar ni dah tau dah ayah nak pi mana. Bila ayah bawak pi Aeon Shah Alam ni, satu je tempat dia. Nando’s! Dah tahu dahh. Nasib baik pakai baju seluar tadi. Pilihan yang bijak kali ni!


Ayah kalau dia nak belanja mesti akan bawak kitaorang pergi Nando’s ni. Awal-awal dulu memang ekin tak suka sangat masuk Nando’s ni. Tak biasa pergi tempat mahal-mahal githchewww. Ekin ni dah lah jenis yang tak kuat makan. Dengan nama dia pelik-pelik, risau pulak kalau terorder banyak sangat. Siapa lah nak perabiskan.

Selalunya, ekin memang akan follow je apa yang my family order. Senang. Tak payah nak fikir panjang-panjang. Haritu my sister ada suggest kan satu menu ni sebab dia memang tahu yang ekin tak makan banyak. Glad! My sister is my life saviour.

Dah dapat satu menu yang ngam dengan ekin. Memang tiap kali masuk Nando’s, memang ekin akan order benda yang sama jelah. Hikhok.


Ni hahh dia menu yang ekin selalu order. Saucy tenders with mediterranean rice. Harga pun boleh tahan. RM13.90. Yang ni dia didatangkan dengan ayam tenders bersama special sauce dia dengan nasi. Ngamm sangat lah dengan ekin kan?! Ada ayam bahagian isi dengan nasi. Tak payah nak ada sides dia sekali. Order ni je.


Ini dia saucy tenders with mediterranean rice. Dalam mangkuk tu dia punya saucy tenders. Rasa macam sos tomato. Kalau makan macam tu je, dia memang rasa masam masamm tau. Tapi kalau makan dengan nasi, rasa dia memang nice! Cuma yang tak tahan masam tu, jangan ko tuang sauce dia terus dekat nasi lah pulak. Kang ada yang tak habis nanti. 



Untuk air memang takde yang special. Nampak iced chocolate, ekin memang akan order yang tu je. Huhuhu. “Ekin dan chocolate berpisah tiada”.

Iced chocolate dekat Nando’s ni, not bad lah. Takde yang special. Rasa chocolate dia pun ok. Harga RM10.90 pun ok. Semua pun okahh.

Sampai je makanan, memang terus melahap tak tengok kiri kanan. Ahahaha. Dua benda ni je lah yang ekin selalu order dekat Nando’s. Datang sini sekali sekala boleh lah. Kalau datang hari-hari, ada yang jadi ayam nanti. 

Okay. Sekian sahaja kita dalam rancangan borak-borak mak jemah. Jumpa anda dalam rancangan seterusnya. Kbye!

2 comments

  1. Sedapnya. Anis dah lama tak makan nando's. Last pergi pon time jamuan kelas yang dah berapa tahun berlalu. belum berani lagi nak cuba sbb takut terpilih menu yg tak kena selera.

    ReplyDelete
  2. Sedap nando's lagi-lagi burger dia. Ramai kenalan Tarot tidak suka kerana sos yang agak kurang sesuai dengan selera kita

    ReplyDelete