Asyiqin Roslee
  • Home
  • Menu
    • Beauty
    • Fashion
    • Food
    • Money
    • Recipe
    • Travel
  • About
  • Contact Us
Hello readers!

Berdebar-debar pulak nak masukkan nombor PIN verification alamat daripada Google Adsense ni. Dah lah dengan excited dapat surat, pastuh menggeletar pulak jari kita nak submit nombor PIN ni. Dua tiga kali jugak lah check. “Betul ke nombor yang aku masukkan ni?”. Huhu.

So, dekat sini ekin nak share pengalaman masukkan nombor PIN verification alamat daripada Google Adsense ni. Eheheee. Maaf lah semenjak dua menjak ni asyik bercerita pasal google adsense jek. Risau pulak ada yang bosan nanti. Harap korang setia membaca lah ye.


Ni lah dia isi dalam suratnya. First time dapat! Dah boleh lah lepas ni buat koleksi surat-surat daripada google adsense ni. Ehehee.

Dekat situ dia ada lah, bagitahu step-step macam mana nak masukkan nombor PIN ni. Tapi tulah, kita ni tak pandai bahasa omputeh sangat. Ekin buat je cara ekin sendiri, klik mana yang patut. Asalkan dapat submit nombor PIN ni udehhh ler.

So, apa yang ekin buat?!

1. First, ekin SIGN IN dulu ke akaun google adsense ni.

2. And then, akan nampak widget TO DO ni. Ekin klik je VERIFY dekat bawah tu.

3. Pastu, masukkan je nombor PIN dekat dalam ruangan kotak tu dan klik SUBMIT PIN.


Dah selesai. Senang je rupanya! Tapi dia punya nervous nak masukkan nombor PIN ni sesulit nak pilih pasangan hidup pulak. Ahahahaa. Manakan tidak, nak masukkan nombor PIN ni kena berhati-hati sebab kita boleh masukkan 3 kali sahaja. Lebih daripada tu, habislah iklan kena suspended! Ayoyooo.

Ok lah, dah habis masukkan nombor PIN dan klik submit semua. Ekin berdoa semoga ekin dapat cecah payment threshold sebelum habis tahun ni. Kahkahkah. Agak-agak mampu ke? Tsk tsk tsk, nangis tepi bucu katil jap.

Korang rajin-rajin lah singgah baca yang ada dekat blog ekin ya :) Hihiii~

Terima kasih kerana sudi membaca!

Nak baca pengalaman ekin tunggu surat daripada google adsense ni? KLIK SINI.

~

Follow me:

Instagram: https://instagram.com/asyiqinroslee
Twitter: https://twitter.com/asyiqinroslee
Facebook: https://facebook.com/asyiqin.lee
Youtube: https://youtube.com/asyiqinroslee

Untuk entry kali ni, ekin bercerita atas pengalaman ekin sendiri tau. Kalau di entry sebelum ni ekin bercerita mengenai duit dalam google adsense ekin tak berubah. Nak baca KLIK SINI. Kali ni, ekin nak bercerita kisah penantian ekin menunggu surat verification alamat daripada google adsense ni. Sesungguhnya penantian itu sesuatu yang menyiksakan. Ohoks.

Lets start!


Dapat surat ni je pun dah buat ekin bahagia ni macam mana?! Eheeeheee.

Ok, seperti yang semua sedia maklum dekat entry ekin yang sebelum ni ekin ada bagitahu duit google adsense ekin tak berubah kan?! So, sebab duit google adsense ekin ni tak berubah adalah kerana duit ekin telah di-hold dulu kerana ekin dah capai 10% daripada payment threshold. Pihak google adsense ni bagitahu ekin bahawa mereka telah menghantar surat PIN untuk ekin verify kan alamat rumah terlebih dahulu. Lepas verify alamat, baru mereka akan lepaskan duit ekin selebihnya.


Jadi, pihak google adsense telah menghantar nombor PIN kepada ekin pada 14 Julai 2019. Dan ekin telah menerima surat berisikan nombor PIN ni pada 26 Julai 2019. Kira ok lah kan?! Takdelah lama sangat. Ekin ingatkan sampai berbulan-bulan nak sampai rumah. Kehkehkeh. So, ekin kira dalam 11 hari jugak lah nak tunggu surat ni sampai.


Fly from France surat ni guys. Jauh betul dia travel sampai ambil masa 11 hari nak sampai Malaysia. Btw, happy betul bila dapat tahu surat ni dah sampai rumah. Menjerit-jerit masa nak buka peti surat guys. Kisah benar ni. Tak tipu! Dia punya excited tu macam dah terima duit je. Ahahaa, padahal baru hantar PIN ni je guys!

Tak tahulah kalau dah dapat duit nanti, boleh jadi gila ke? Huhuuu.


Ohhh, dekat sini dia bagitahu “your PIN will be sent by post 3-5 days after the date listed above and may take 2-4 weeks to arrive depending on the postal service”.

Kiranya kalau dia cakap surat tu dia pos selepas 3-5 hari daripada tarikh yang dia tunjuk tu, maknanya less than 11 hari lah surat ni sebenarnya sampai dekat rumah. Wowww, cepat dan pantas ya!

Ok lah, tu je yang nak cerita dengan korang. Dan tempoh surat daripada google adsense untuk sampai ke rumah ni mungkin berbeza daripada segi kawasan tempat tinggal masing-masing tau. Yang mana pernah terima surat daripada google adsense ni, berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke rumah kalian? Share lah dekat ruangan komen dekat bawah ni tau.

Thanks for reading! 

~

Follow me:

Instagram: https://instagram.com/asyiqin.roslee
Twitter: https://twitter.com/asyiqinroslee
Facebook: https://facebook.com/asyiqinlee
Youtube: https://youtube.com/asyiqinroslee
Puas fikir 2,3 kali “kenapalah duit dalam google adsense ekin ni tak bergerak?!”. Hari-hari ekin check, masih di nilai yang sama jugak. Hampir nak give up jugak nih. Baru nak pasang angan-angan untuk terima gaji daripada google. Tup tupp, sesampai je di nilai tertentu... duit tu terus berhenti bergerak.


Korang pernah tak alami situasi sebegini?

Kalau korang nak tahu, sejak ekin letak google adsense dekat dalam blog ni, ekin terus download aplikasi google adsense ni daripada app store. Kalau boleh setiap hari ekin nak check berapa duit yang ekin peroleh daripada google adsense ni. Nampak tak perangai sejenis gila duit dekat situ?! Huihuii.

Setiap hari ekin check app google adsense ni, setiap hari tu jugak lah hati ekin girang gemirang. Sampai lah di suatu hari, guruh-guruh pun berbunyi... burung-burung pun berhenti berkicauan. Fuhh, kemain ayat sastera nauuuu.

Ok sambung balik...

“WHATTTTTTTT?!”

“DUIT DALAM GOOGLE ADSENSE EKIN TAK BERUBAH?!”

Tsk tsk tsk. Terus mengalami kemurungan dekat situ. Tapi takpe, masa tu boleh berfikiran positif lagi. Mungkin duit lambat masuk lah tu. Al maklumlah, syarikat besar kan?! Mesti banyak kerja. Hikhok.

Hari pun berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan... Eh tak takk, takde lah lama sampai berbulan-bulan. Hehe. Entah macam mana satu haritu, ekin terfikir nak buka akaun (login) google adsense ni melalui pc. Selalunya ekin monitor melalui app dia je.

Pastuh, korang tau tak selama ni kenapa duit dalam google adsense ekin tak berubah?! Rupa-rupanya...


Rupa-rupanya... google adsense ada hantar surat layang kepada ekin lah. Korang nampak tak yang ekin kotakkan dekat gambar di atas ni.

Your payments are currently on hold because you have not verified your address.

Congratulations! Your earnings have reached the verification threshold, so we’ve started the process of verifying your account. This will prepare you to receive your first payment once you’ve earned the payment threshold.

Laaaaaaa, patut lah duit dalam google adsense ekin ni tak naik-naik. Rupa-rupanya, dia hold dulu duit sebab ekin dah capai tahap untuk verified kita punya address terlebih dahulu.

So, untuk korang yang baru berjinak-jinak dengan google adsense, once earnings kita dah capai 10% daripada payment threshold... google adsense ni akan hantar nombor pin ke alamat rumah yang kita dah masukkan dekat dalam details google adsense tu.

Macam dekat Malaysia ni, payment threshold kita adalah USD100. Jadi, bila kita dah capai USD10, google adsense akan hantar nombor pin ke alamat rumah untuk kita verify kan account google adsense kita tu.

Baru lah ekin faham selama ni kenapa duit google adsense ekin tak naik-naik. Huhu.

Bermulalah episode penantian surat daripada google adsense ni. Selepas daripada tu, ekin terus search dekat google sebab nak tahu berapa lama masa surat tu ambil untuk sampai ke rumah. Bukan main lagi, kebanyakannya kata sampai berbulan-bulan surat tu nak sampai ke rumah dia. Ada sorang tu, sampai dia request 2,3 kali dekat google untuk hantar semula nombor pin tersebut sebab surat tak sampai-sampai.

Ekin pulak yang nervous jadinya. Risau betul kalau surat tu tak sampai dekat rumah. Tsk tsk tsk. Ekin yakin, mesti ada di antara korang yang tertanya-tanya soalan yang sama macam ekin kan?

“Berapa lama surat google adsense ni nak sampai rumah?”

So, untuk next entry ekin akan kongsikan pengalaman penantian ekin menunggu surat daripada google adsense. Kahkahkah. Dah macam tajuk drama pukul 7 malam dah ekin baca.

Baca sini: Berapa lama surat daripada Google Adsense nak sampai rumah?

Ok gaizzz. Terima kasih sudi membaca. Kalau nak tanya apa-apa soalan, boleh tanya je dekat ruangan komen bawah ni dan jangan lupa untuk tick NOTIFY ME kalau korang nak dapatkan notification reply daripada ekin okeh.

Yang mana ekin boleh jawab tu, ekin akan cuba jawab sebaik mungkin!

~

Follow me:

Instagram: https://instagram.com/asyiqin.roslee
Twitter: https://twitter.com/asyiqinroslee
Facebook: https://facebook.com/asyiqinlee
Youtube: https://youtube.com/asyiqinroslee
Kalau sebelum ni, ekin pernah kongsi dekat blog ni mengenai aplikasi JAG Malaysia. KLIK SINI  untuk baca. Yang mana belum tahu tu, aplikasi JAG ni adalah satu aplikasi yang kita boleh dapatkan side income hanya dengan menonton atau share iklan-iklan yang ada ke sosial media. For those yang dah jadi power influencer dekat dalam akaun JAG ni, kemungkinan korang dapat berpeluang untuk review produk-produk dan share ke instagram. Rate harga untuk power influencer ni pun boleh lumayan juga tingginya berbanding dengan share iklan sahaja.

Haritu ekin buat versi membaca.


Kalini, ekin buat versi mendengar pula. Bukan main lagi eh ekin. Hehee. Korang dah tengok ke video yang ekin buat dekat youtube channel ekin? Kalau belum tengok lagi, pergi tengok sekarang jugak! Ahahaaa.

Kekwat jugak lah nak buat video ni sebenarnya. Tapi apakan daya. Akan ku teruskan juga perjuangan untuk memiliki youtube channel sendiri yang berjaya! Chaiyokkkk.


Nak tengok versi video, korang boleh klik je atas ni. Dah tengok, jangan lupa subscribe! Hehee.

Thank you readers kerana sudi membaca. Jangan lupa untuk komen di bawah. For those yang tanya apa-apa soalan di ruangan komen di bawah, jangan lupa untuk tick NOTIFY ME supaya korang akan dapat notification apabila ekin atau someone else membalas komen korang okeh!

~

Follow me:

Instagram: https://instagram.com/asyiqinroslee
Twitter: https://twitter.com/asyiqinroslee
Facebook: https://facebook.com/asyiqin.lee
Youtube: https://youtube.com/asyiqinroslee

Ada yang sedang mencari oven? Adakah anda seorang suri rumah yang teringin memiliki oven untuk luangkan masa anda dengan membakar kek dan juadah makanan yang lain? Adakah anda ingin membuat bisnes dari rumah dan memerlukan penggunaan oven?

Ni ekin ada nak iklan kan kepada anda semua yang sedang mencari oven pada harga murah. Oven ELBA. Kondisinya masih tip top.

Boleh tengok gambar-gambar di bawah ini ya.






Oven ELBA ini dibeli dengan harga RM1400.

Tapi, nak jual pada harga RM650 sahaja.

Sebab oven ini nak dijual adalah kerana sudah terlalu banyak oven yang dimiliki.

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian, anda boleh hubungi nombor di bawah ini ya. Klik sahaja link tu.

EN. ROSLI

Available untuk self pickup area Klang sahaja tau.

Readers blog ekin yang nak beli oven ni juga pun boleh :) Contact je nombor owner dekat atas tu.

SOLD

~

Follow me:

Instagram: @asyiqinroslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqin.lee
Youtube: @asyiqinroslee

Terima kasih sudi membaca !

Kebelakangan ni, rajin pulak ekin update aplikasi-aplikasi yang kita boleh buat duit. Kalau korang nak tengok antara apps yang ekin pernah share, korang pergi je dekat highlight IG Story di instagram ekin.

Setakat ni, ekin dah kongsi 3 aplikasi yang kita boleh buat duit dekat sana.

Untuk versi video pula, ekin dah update dekat youtube tau. Tapi, ekin baru kongsikan apps CASHZINE. Di masa akan datang, ekin akan kongsi lebih banyak lagi apps yang boleh menghasilkan duit dengan mudah.


Youtube | BUAT DUIT MELALUI APLIKASI CASHZINE !!!

Dah tengok video ekin dekat youtube? Kalau belum, korang boleh klik je link dekat atas ni. Dan jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel ekin sebab ada banyak lagi apps yang ekin nak kongsi dekat sana :)

Kalau rasa video tu bermanfaat untuk korang, jangan lupa untuk share sekali ya.

~

-Follow me on sosial media-

Instagram: @asyiqinroslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqin.lee
Youtube: @asyiqinroslee

Terima kasih sudi membaca!

Assalamualaikum & hi :)

Petang-petang macam ni, mesti ada yang tak tahu nak makan apa kan? Kalini, ekin nak share dengan korang semua resepi pisang goreng crispy yang rangup. Ni kalau makan, confirm akan bunyi ‘kruk krap kruk krap’.

Resepi ni ekin minta daripada ibu ekin tau. Ibu ekin ni, kalau bab memasak memang hebat!

Tanpa buang masa, korang boleh tengok resepi pisang goreng crispy rangup ni dekat bawah ok. Resepi ni boleh guna untuk goreng satu sisir pisang.


Pisang goreng ni kalau cecah sambal lagi sedap ni.

Bahan-bahan untuk buat pisang goreng crispy rangup adalah:

~250 gram | Tepung Beras
1/2 sudu teh | Kapur
1 sudu teh | Garam
1 biji | Telur
1 sudu teh | Butter

Air

Campurkan bahan-bahan dekat atas ni, kemudian masukkan air sikit dan kacau-kacau.

Dah selesai kacau-kacau tadi. Korang boleh lah celup pisang, pastu terus goreng. Pisang tu dibuang kulitnya terlebih dahulu tau. Kang ada yang goreng sekali dengan kulit-kulit pisang tu.

Pisang tu terpulang lah dekat korang nak belah dua ataupun taknak. Tips dekat sini, ekin suka pisang goreng yang manis-manis. So, kalau nak pisang goreng manis.. korang kena beli pisang yang dah masak. Nak tahu rupa pisang yang dah masak, boleh google je tau. Tadi, lupa nak tangkap gambar. Huhuu~

Ok, semoga resepi ni bermanfaat untuk korang. Jangan lupa untuk mencuba. Bye!

Assalamualaikum & hi :)

Selesai dah urusan ekin buka akaun bank islam al-awfar ni. Niatnya memang dari dulu lagi nak buka. Tapi, baru harini berkesempatan nak luangkan masa menepek dekat bank islam. Ekin buka akaun al-awfar ni dekat cawangan bank islam di PKPS, Shah Alam.

Kalau korang nak buka akaun bank islam al-awfar ni, pergi lah dekat cawangan bank islam dekat PKPS sana. Ekin memang recommend sangat-sangat. Customer service dia memang tip top!

Tanpa berlengah lagi, meh ekin ceritakan pengalaman ekin buka akaun bank islam al-awfar ni.


Sebagaimana yang korang tahu, ekin buka akaun al-awfar ni dekat cawangan bank islam di PKPS, Shah Alam. Nak tahu waktu operasi dia, boleh tengok dekat bawah ni.

WAKTU OPERASI CAWANGAN BANK ISLAM, PKPS SHAH ALAM
Isnin - Khamis | 9:30am - 4:30pm
Jumaat | 9:30am - 12:30pm , 2:30pm - 4:30pm
Sabtu - Ahad | Tutup


Pagi lagi ekin dah bertapak dekat sana. Kalau datang pagi, cepat sikit siap. Takde lah ramai orang sangat nak kena menghadap tunggu turn nombor untuk dipanggil lagi.

Sesampai je, ekin pergi lah dekat kaunter pertanyaan depan tu.

“Assalamualaikum”, dari jauh pegawai yang bertugas tu bagi salam. Peramah orangnya. Ni kalau tengah bad mood, terus ceria pagi korang. Tak tipu wokehh.

“Waalaikumussalam. Encik, nak buka akaun al-awfar macam mana ye?”

“Ohhh, nak buka al-awfar kena isi online dulu. Dah isi dah?”, tanya pegawai tu tadi.

“Oh, kena isi online dulu ke? Terus buat dekat kaunter je tak boleh?”, tanya aku lagi.

“Kena isi online dulu, baru pergi dekat kaunter”, jelas pegawai tu.

Fuhh, dah macam cerpen pendek ekin cerita dekat korang eh. Ok, apa-apa pun... nak buka akaun al-awfar ni korang kena isi online terlebih dahulu tau. Isi kan maklumat korang dekat virtual account sebelum pergi dekat kaunter bank islam.


KLIK SINI UNTUK DIRECT TERUS KE VIRTUAL ACCOUNT OPENING

Disebabkan ekin tak tahu nak kena isi online terlebih dahulu, ekin isi dekat sana je terus. Buka website ni dekat phone, terus je isi. Senang! Tak tahu nak klik apa, terus je tanya dekat pegawai tadi. Mostly, pegawai tu tolong isikan tick apa yang patut. Hehee.

Dah settle, ambil nombor terus duduk dekat bahagian ruangan kaunter. Tunggulah turn nombor kena panggil.


Kalau pergi pagi memang tak ramai orang sangat. Servis pun laju je.


Oh ye, lepas dah buka virtual account tadi, pegawai tu akan bagi dua keping kad ni. Nanti korang isi lah apa benda yang dia suruh isi. Tadi, ekin isi nama, nombor telefon, nombor ic, reference number dan tandatangan.

Reference number tu korang boleh dapatkan after selesai buka virtual account tadi. Dia akan bagi reference number dekat akhir sekali.

Broucher al-awfar 

“2003”

Nombor pun dah dipanggil. Pergi lah selesaikan urusan dekat kaunter pula. Nanti dekat sini korang boleh request lah sama ada korang nak link kan akaun al-awfar dengan akaun bank islam yang sedia ada atau nak separate kan kad dia.

Ekin minta nak separate kan kad, senang sikit. Kalau link kan dengan akaun bank islam yang sedia ada, memang tak menyimpan lah jawabnya nanti.

By the way, akaun al-awfar ni sama je macam akaun simpanan yang lain. Korang boleh je nak deposit duit dalam tu atau nak withdraw. Cuma, akaun al-awfar ni minimum yang kena ada dekat dalam tu haruslah sekurang-kurangnya RM50.

Dan untuk melayakkan nama korang untuk cabutan bertuah, minimum haruslah RM100. Setiap RM100 yang korang simpan, korang akan dapat satu undian nama untuk cabutan bertuah secara bulanan, suku tahun, setengah tahunan dan banyak lagi.

Hadiah pula merupakan wang tunai, Macbook, kereta mewah, iPhone dan pakej perlancongan.

Jangan risau. Untuk next entry, ekin akan ceritakan apa itu al-awfar dan apa kelebihan dia nanti ok.

Dah selesai urusan dekat kaunter dan dah dapat kad, ekin pun terus lah pergi dekat mesin deposit untuk masukkan duit ke dalam akaun al-awfar ni.

Apapun, itu sahaja pengalaman ekin buka akaun al-awfar. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tanya je dekat ruangan komen. Yang mana boleh jawab, ekin akan jawab.

Doa-doakan lah agar bulan ni nama ekin kena untuk cabutan bertuah al-awfar ni ye :p 

UNTUK KETAHUI MAKLUMAT LANJUT MENGENAI AL-AWFAR, KLIK SINI 

Terima kasih sudi membaca. Bye!

Assalamualaikum & hi :)

Pejam celik pejam celik, akhirnya selamat juga video VLOG #2 ekin mendarat dekat youtube channel ni. Dia punya loading nak upload video dekat youtube ni boleh mencabar kesabaran jugak tau. Ekin hampir tertewas jugak nak tunggu video tu selesai upload. Rasa macam malas, give up semua ada. Hohoo.

Ok, bagi sesiapa yang baru je follow blog ekin ni... korang jangan lupa subscribe ke youtube channel Asyiqin Roslee tau. Kehkehkeh (menyempat lagi kan)

KLIK DEKAT SINI UNTUK SUBSCRIBE

Sambil-sambil tu, korang boleh tengok first vlog yang ekin dah upload dekat youtube sekali. Alang-alang tuh, komen sekali kalau ada suggestion untuk ekin improve video dekat youtube ok.

Nak tengok entry vlog pertama (#1) ekin? Klik dekat bawah ni.

VLOG #1 | DAY OUT + family members


Bila dah berjinak-jinak dengan dunia youtuber ni, ekin kena consistent upload video setiap minggu. Cuma nak cari content berguna tu yang nak kena perah idea sikit. Untuk permulaan ni, ekin buat vlog je dulu. Nanti bila dah power sikit meng-edit video ni, baru kita buat content entertainment pulak.

Korang doa doakan lah agar plan ekin berjaya tau.

Ohh ya. Vlog  #2 dah pun mendarat dekat youtube kan?! Jom lah ramai-ramai tambahkan viewers ekin. Klik je dekat bawah ni untuk tengok.

VLOG #2 | Makan-Makan (feat. Membebel Sepanjang Perjalanan)

Terima kasih menonton.

Nanti tonton lagi yuk.

Bye!

Assalamualaikum & hi :)

Tertanya-tanya tak, dekat mana kita nak recycle botol-botol produk skincare kita? Tak kisah lah botol produk skincare ke, beauty care ke ataupun hair care sekali pun. Paling tidak mesti kita akan terus buang ke tong sampah je kan?!

Haritu masa tengah kemas botol-botol skincare yang dah habis, ekin tertanya-tanyalah jugak.

“Ada ke tempat untuk recycle botol-botol ni eh”
~
Tapi pertanyaan tu sekadar pertanyaan jelah. Jawapan pun ekin tak jumpa. Punyalah malas nak buat research time tu. Ekin pun terus lah humban ke tong sampah besar tanpa banyak soal dah.

Dannnnn, baru-baru ni ekin ada jumpa satu beauty store yang menerima segala jenis botol skincare, beauty care dan haircare dari segala jenis brand untuk di-recycle-kan oleh mereka. Fuhhh, nokhtah.

Dan yang paling bestnya. Setelah kita recycle botol-botol skincare yang dah habis tu, kita akan dapat FREE travel size produk daripada mereka. Uwaaaaaaa, ruginya ekin pergi buang botol-botol skincare tu dulu.

Ok takpe takpe. Life must go on!

Nak tahu beauty store apa yang terima botol kosong skincare produk yang dah habis ni?

“L’OCCITANE”

Korang mesti pernah dengar kan?! Bukan calang-calang nama dah lagi. Ekin in love dengan skincare brand daripada dorang ni sebenarnya tau.


L’OCCITANE EN PROVENCE in partnership with iCYCLE ni, bersama-sama menjalankan first recycling program (BIG LITTLE THINGS) bagi menyediakan penyelesaian untuk pengasingan sisa dan kitar semula barang barangan penjagaan diri.

One thing yang ekin suka dengan program yang dianjurkan oleh L’OCCITANE ni adalah mereka menerima segala jenis botol kosong from any beauty brand tau. So, tak perlu lah risau “saya tak pakai produk L’OCCITANE ni, tak boleh lah nak recycle”. No-no-no-no! They accept any beauty brands ok.

Dekat bawah ni ekin list kan antara produk-produk yang mereka terima untuk panduan korang semua. Kang ada pulak yang pergi bawak botol kosong air mineral, memang ekin ketuk kepala sorang-sorang. Asingkan dulu botol-botol kosong sebelum nak bawa pergi recycle ok!

(please make sure yang korang dah bersihkan barang-barang yang nak di-recycle-kan tu sebelum hantar ke any L’OCCITANE stores)

BEAUTY PACKAGING
lip balm tubes, makeup remover bottles and pumps, fragrance bottles and pumps and deodorant sticks

SKIN CARE PACKAGING
face care packaging, refill pouches and dispensers and tubes for shower gels, facial cleansers and body lotions

HAIR CARE PACKAGING
pumps and caps from shampoo, conditioner bottles, hair care dispensers and containers, hair product trigger heads and refill pouches


Jangan risau sebab korang takkan balik dengan tangan kosong je. Sebab apa?

Sebab korang akan dapat FREE travel size produk daripada mereka seperti yang ada dalam gambar dekat atas ni. Best kan?!

Jadi, jom lah kita sama-sama menjayakan recycling program pertama yang dianjurkan oleh L’OCCITANE ni. Sambil kita recycle botol kosong produk skincare, sambil kita dapat FREE travel size produk L’OCCITANE.

Ohhh ya. Lupa nak bagitahu korang.

Recycling program ni hanya ada di 15 participating stores ni je tau.

One Utama | Setia City Mall | The Gardens | Queensbay Mall | Sunway Pyramid
Gurney Plaza | Sogo KL | Southkey Mall | Suria KLCC | Pavilion
IOI City Mall | Bangsar Village | Mahkota Parade | Imago Shopping Mall | The Spring Mall

Nak tahu lebih details mengenai BIG LITTLE THINGS, first recycling program yang dianjurkan oleh L’OCCITANE ni boleh klik link dekat bawah.

BIG LITTLE THINGS | L’OCCITANE

Ok, jangan lupa untuk share benda bagus ni dekat kawan-kawan korang yang banyak botol-botol kosong produk skincare tu.

Thanks for reading and bye!

Assalamualaikum & hi :)

Setelah sekian lama ekin nak rasa Premium Harimau Milk Tea daripada Cool Blog ni, akhirnya dapat juga ekin merasa air ni. Dari haritu lagi ekin minta adik laki ekin tolong belikan air ni. Tapi, asyik bertangguh je. Nasib lah tadi dia kata nak tolong belikan air ni untuk ekin. Terus sayang lebih dekat adik ekin nih.

Bila dah dapat minum, tu yang semangat nih nak terus review. Ohoks.

Ok. Tanpa berlengah lagi, jom kita tengok rupa Premium Harimau Milk Tea daripada Cool Blog ni acengguane. Kenapa harimau eh? Ada taring dia ke? Lepas minum boleh jadi kuat macam rimau ke? Aaaa... jom kita tengok.


Tang taraaaaa!!!

Ni lah dia rupa Premium Harimau Milk Tea daripada Cool Blog ni. Agak sedikit terkilan lah sebab depa kata bubble a.k.a pearl dah habis. Huhuuuu~ Pearl tu lah yang penting. Sambil minum boleh kunyah-kunyah. Tapi takpe. Janji ekin dapat air ni pun dah kira ok lah daripada takde.

Hahhh, masa berkenalan dengan air ni ekin tertanya-tanya jugak lah. “Kenapa harimau?”. Takde pulak gambar rimau setelah dibelek-belek. Nak kata rimau datang sergah lepas minum air ni pun, takde pulak rimau ni datang berkunjung ke rumah.

Alahai, rupa-rupanya setelah ekin baca review orang lain... barulah tahu kenapa nama dia harimau. Sebabnya kalau korang perhatikan dengan menggunakan pancaindera korang yang ke-enam, korang akan perasan yang air gula dia ni macam kena cakaran harimau gitchueww.

Siapa tak nampak tu, maknanya korang normal lah ada lima je pancaindera. Yang boleh nampak tu, korang hebat! Hohooo.


Close-up sikit lah air gula dia. Isk isk.. sedih bila tengok pearl takde. Gue mahu pearl mbak.


Korang nak tahu satu benda tak?

Ekin baru perasan yang adik ekin tak bagi straw pun nak minum?! Yaaaaa.. gimana mau kacau-kacau gulanya dibawah?! Waduh waduhhh... adik gue. Kok itupun bisa terlupa? Ini bisa dibawa ke muka pengadilan inihh.

Ok. Cukup drama pendek kita tadi. Nasib baiklah penutup dia ni mesra-minum. Ahahaha, eh ada ke perkataan mesra-minum dalam kamus dewan bahasa dan pustaka ni? Kalau tahu cikgu bm ni, mahu kena rotan.

Takpe... takpe... Ekin cuma nak bagitahu yang penutup dia ni korang boleh minum pakai straw atau minum cenggitu je. Sebab dia dah sediakan lubang khas untuk cocok straw dekat situ. Kalau nak terus minum cenggitu, boleh bukak je benda “love kecik” warna merah dekat situ. Pastuh minum macam biasa.

“Ekin.. nak tahu rasa dia macam mana?”

“Worth to buy ke tidak?”

“Rasa dia ok ke tidokkk?”

“Ada rasa rasa nak beli lagi ke tak?”

Ok ok. Korang watlek watpis dulu eh. Bawa bertenang. Kejap lagi ekin bagitahu my personal opinion tentang air Premium Harimau Milk Tea daripada Cool Blog ni. Nak tahu? Baca dekat bawah ni.

PREMIUM HARIMAU MILK TEA REVIEW

Nama: Premium Harimau Milk Tea
Brand: Cool Blog
Harga: RM6.50

First time rasa? Bagi ekin air ni rasa macam air teh tarik dekat kedai mamak je. Cuma ada tambahan air gula dia dan bubble (kalau korang minta nak bubble). Yelah, nama pun milk tea bahasa omputih dia. Kalau bahasa kita dipanggil teh susu.

Bagi ekin, air ni so-so je. Mungkin sebab ekin ni bukan penggemar teh susu sangat. So, rating ekin bagi 4/10 je. Dia takde rasa ‘umphh’ yang tarik ekin untuk beli lagi. Tapi, untuk peminat teh susu korang boleh lah try beli cuba dan rasa.

Nak beli lagi ke taknak?

Mungkin tak kot, sebab ekin lagi prefer oreo chocolate smoothie with pearl dia je. Anything yang ada coklat, bagi ekin je untuk habiskan. Hohoho~

Ok, itu sahaja. Bye!

Assalamualaikum & hi :)

Saje nak bagitahu dekat korang ni yang ekin dah upload first video ekin dekat youtube tau. Selain ekin tonjolkan hobi menulis ekin dekat blog. Ekin nak tonjolkan pula hobi suka mengedit video ni dekat youtube. Kehkehkeh. Mentang-mentanglah banyak masa yang terluang bila duduk dekat rumah ni.

Okay, ekin akan tepek link youtube ekin dekat bawah ni. Korang jangan lupa tengok dan SUBSCRIBE sekali tau. Kalau terlebih rajin, korang boleh like dan komen dekat youtube ekin tau.


Gigih lah juga nak edit thumbnail ni. Harap-harap ni yang paling cantik yang ekin boleh edit. Nak menghadap lama-lama pun jenuh juga. Kalau rasa buruk, boleh tukar balik. Hehe.

Siapa nak tengok full video ekin dekat youtube boleh klik je link dekat bawah ni. Kalau ada suggestion untuk ekin improve kan video youtube ekin, korang boleh komen je dekat ruangan komen ya.

Youtube channel: Asyiqin Roslee

Thanks for watching!

The idea of sending flowers on Valentine’s Day is considered to be a common gesture of people to express their love and also to make this occasion memorable. No wonder why the demand for flower delivery service for this occasion is high so you really have to make an early reservation if you don’t want to worry about where to get flowers. On the other hand, you can still get flowers if ever that you forget to reserve early by looking for a florist that provides an express flower delivery.


Different Arrangements for 99 Flowers
If you are planning to send flowers to your girl on Valentine’s Day then it can be a good idea for you to know that the number of flowers you give has its meaning. If you are looking for a romantic gift that you can give to your girl on Valentine’s Day, anniversary, or if you want to propose marriage then what you have to consider is a bouquet of 99 roses. So what do 99 roses mean anyway?
The idea of sending 99 roses to someone special to you means that you are giving her eternal love. Listed below are some design choices that you can choose from.

• 99 Roses for Wedding – 99 roses will always be perfect for a wedding bouquet knowing that this is the day when couples would give their vows of spending their life together. You just have to choose the color for the roses depending on the motif of the occasion.
• 99 Roses for a Blooming Love – You’ll need long-stemmed 99 roses accentuated with seasonal foliage and bind together using a flower wrap. This can be an easy way to express deep emotion and endless love for your girl.
• 99 Pink Roses – This can be a charming bouquet that will surely put a smile on your woman’s face. It can be a way for you to compliment the charm and beauty of your girl making her feel like the most beautiful girl in the world.
• 99 Roses in Different Colors – Uplift your girl’s mood with a bouquet of roses in various colors. This can provide her a cheerful feeling which can be perfect as a birthday flower gift.
• 99 Roses in a Heart Flower Arrangement – Arranging flowers in a heart-shaped looks romantic especially on Valentine’s Day. In fact, you can also use a heart-shaped 99 roses on your wedding to make it more extravagant. 

Assalamualaikum & hi :)

Korang pernah dengar tak mengenai apps Shopback ni? Ekin confirm mesti semua pernah dengar kan?! Sekarang ni, Shopback aktif betul buat iklan tak kira lah sama ada di youtube/facebook atau mana-mana social media. Korang perasan tak?

So, cerita dia semalam ekin punya semangat nak online shopping tu membara-bara sampailah terbeli  beberapa item yang ekin rasa entah berguna ke idok. Uhuhuhu. Disebabkan ekin pun dah lama install apps Shopback dekat phone ekin, why not lah kita try beli melalui apps ni kan?!

Paling palingg pun, dapat cashback sekali.


Ehehee, malu sebenarnya nak tunjuk dekat korang cashback yang ekin dapat melalui Shopback ni. Almaklumlah, baru je guna. Tu yang duit ceciputtt je. Nanti, beranak lah ia.

Ok, ekin beli barang dekat Shopee tau... Tapi melalui Shopback lah. Daripada harga barang ekin RM60+, dengan Shopback ekin hanya perlu bayar RM50+ je. Untung gilerrr kan? Adoyai... kenapalah ekin tak guna Shopback ni dari dulu lagi. Uhukhukk. Kalau tak, mesti dah beranak-ranak duit dalam tu.


Korang mesti nak tanya kan, “bila cashback tu masuk dalam akaun kita?”.

Kalau ikut pengalaman ekin semalam, ekin beli barang dekat Shopee dalam pukul 8 malam cenggitu. Pukul 10 malam tu, ekin dapat email daripada Shopback ni mengatakan yang cashback ekin dah dimasukkan ke dalam akaun.


Ekin pun apa lagi. Dengan sepantas kilat ekin buka akaun Shopback, nak tengok “betul ke duit dah masuk ni”. Sebab setahu pembacaan ekin, cashback akan dimasukkan ke dalam akaun kita selepas dua hari macam tu. Ke aku salah? Ahahaa.

Laju betul dorang ni buat kerja. Pukul 8 malam ekin beli barang, pukul 10 malam tu jugak ekin dah dapat cashback balik. Tapi itulah, kalau nak withdraw duit dalam tu... minimum kena ada sekurang-kurangnya RM10 untuk pengeluaran.

Lepasni, kalau family ekin nak shopping online ke apa... dorang kena guna Shopback ekin ni. Kahkahkah. Barulah duit cepat naik. Betoi dak? Pandai dan bijaksana tak ekin?

Ok, in case kalau korang nak register Shopback ni... korang boleh klik je dekat bawah ni tau. Nanti dia akan direct terus pergi ke laman web Shopback.
SIGN UP SHOPBACK NOW!


Kalau orang tanya kenapa ekin suka Shopback? Sudah tentu lah jawapan dia, “sebab dapat cashback balik lerr” Hihihi.

Shopback ni bagus sebab dia dah sediakan banyak platform untuk kita laburkan duit kita kemana-mana sahaja. Daripada fashion, dia pergi ke beauty. Daripada beauty, dia pergi ke travel. Daripada travel, dia pergi pula ke shopping. Memang luas gilerr kategori yang dia ada.

Siapa yang suka online shopping tu, ekin memang recommend dekat korang untuk install Shopback ni dekat phone masing-masing.
NAK INSTALL SHOPBACK, KLIK SINI

Dekat bawah ni, korang boleh tengok antara platform apa yang ada mengikut senarai kategori dekat Shopback.

Shopping | Lazada, Shopee, Taobao, PrestoMall, fave, Qoo10, etc

Travel | agoda.com, booking.com, Expedia, traveloka, malaysia airlines, etc

Fashion | Zalora, FashionValet, Bonds, Cotton:On, adidas, etc

Beauty | Hermo, Sephora, AlThea, etc

Reloads | Lazada, PrestoMall, Qoo10, etc

Dan banyak lagi benefit yang korang boleh dapat kalau korang rajin explore. Lagipun, kita sebagai ‘perempuan’ yang suka sangat dengan online shopping ni mesti akan rasa rugi bila duit asyik keluar je?! Nak masuk punyalah payah. Kan kann kannn?

So, ekin memang recommend 1000x% dekat korang semua untuk guna Shopback ni setiap kali korang nak beli barang online. Bila korang dah dapat cashback korang, baru korang berterima kasih dekat i oki :p

Nak sign up akaun Shopback? Korang KLIK SINI

Segala persoalan atau pertanyan, korang boleh tanya je dekat ruangan komen di bawah ni.

Ohh ye, mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana Shopback ni berfungsi kan? Hahh, korang tengok lah gambar yang ekin tepek dekat bawah ni oki.


Bye!

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • Nota Lengkap RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)
  • Nota Lengkap RSM (Rutin Sebelum Memandu)
  • The Body Shop Seaweed | Deep Cleansing Gel Wash & Oil Balancing Toner
  • Sneapy Talking Gift Card | Just For You
  • Buat Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) di JPJ Padang Jawa
  • Cara Buka Akaun Bank Islam Al-Awfar
  • Sambut Hari Lahir Ibu di The Grill, Wangsa Maju
  • Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Review
  • Cara Nak Tukar Nombor Telefon untuk Terima 'MSOS Code' Maybank
  • VLOG #2 | Makan-Makan (feat. Membebel Sepanjang Perjalanan)

Categories

  • Ads 4
  • Beauty 37
  • Blogger 15
  • Education 13
  • Fashion 2
  • Flower 1
  • Food 16
  • Game 1
  • Health 4
  • Money 12
  • Personal 57
  • Preloved 1
  • Present 1
  • Recipe 5
  • Travel 2

Blog Archive

  • ►  2024 (4)
    • ►  August (4)
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (33)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ▼  2019 (68)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ▼  July (18)
      • Pengalaman dan cara masukkan nombor PIN verificati...
      • Berapa lama surat daripada Google Adsense nak samp...
      • Kenapa duit dalam google adsense tak berubah?
      • [YOUTUBE] Aplikasi apa yang influencer guna untuk ...
      • Oven ELBA untuk dijual 2019
      • [YOUTUBE UPDATED] Buat duit dengan aplikasi CASHZI...
      • Resepi Pisang Goreng Crispy Rangup
      • Cara Buka Akaun Bank Islam Al-Awfar
      • VLOG #2 | Makan-Makan (feat. Membebel Sepanjang Pe...
      • Dekat mana nak recycle botol-botol produk skincare?
      • First Time Rasa, Macam Ni Ke Rasa Cool Blog Premiu...
      • VLOG #1 | DAY OUT + family members (Youtuber Berja...
      • Flower Arrangements for 99 Roses | Little Flower Hut
      • Wohoooo! Cepatnya Duit Shopback Ni Masuk?!
      • Segmen 9 Juta Special Bloglist
      • YouTube | Jom Tambah Subscriber
      • Dia Pun Sibuk Nak Tiru Kita Jugak
      • Aplikasi Buat Duit Dari Rumah | Cashzine
    • ►  June (12)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (7)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2018 (53)
    • ►  December (3)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (12)
    • ►  July (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  August (3)

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageview

Copyright © Asyiqin Roslee. Designed by OddThemes