Berapa lama surat daripada Google Adsense nak sampai rumah?

Untuk entry kali ni, ekin bercerita atas pengalaman ekin sendiri tau. Kalau di entry sebelum ni ekin bercerita mengenai duit dalam google adsense ekin tak berubah. Nak baca KLIK SINI. Kali ni, ekin nak bercerita kisah penantian ekin menunggu surat verification alamat daripada google adsense ni. Sesungguhnya penantian itu sesuatu yang menyiksakan. Ohoks.

Lets start!


Dapat surat ni je pun dah buat ekin bahagia ni macam mana?! Eheeeheee.

Ok, seperti yang semua sedia maklum dekat entry ekin yang sebelum ni ekin ada bagitahu duit google adsense ekin tak berubah kan?! So, sebab duit google adsense ekin ni tak berubah adalah kerana duit ekin telah di-hold dulu kerana ekin dah capai 10% daripada payment threshold. Pihak google adsense ni bagitahu ekin bahawa mereka telah menghantar surat PIN untuk ekin verify kan alamat rumah terlebih dahulu. Lepas verify alamat, baru mereka akan lepaskan duit ekin selebihnya.


Jadi, pihak google adsense telah menghantar nombor PIN kepada ekin pada 14 Julai 2019. Dan ekin telah menerima surat berisikan nombor PIN ni pada 26 Julai 2019. Kira ok lah kan?! Takdelah lama sangat. Ekin ingatkan sampai berbulan-bulan nak sampai rumah. Kehkehkeh. So, ekin kira dalam 11 hari jugak lah nak tunggu surat ni sampai.


Fly from France surat ni guys. Jauh betul dia travel sampai ambil masa 11 hari nak sampai Malaysia. Btw, happy betul bila dapat tahu surat ni dah sampai rumah. Menjerit-jerit masa nak buka peti surat guys. Kisah benar ni. Tak tipu! Dia punya excited tu macam dah terima duit je. Ahahaa, padahal baru hantar PIN ni je guys!

Tak tahulah kalau dah dapat duit nanti, boleh jadi gila ke? Huhuuu.


Ohhh, dekat sini dia bagitahu “your PIN will be sent by post 3-5 days after the date listed above and may take 2-4 weeks to arrive depending on the postal service”.

Kiranya kalau dia cakap surat tu dia pos selepas 3-5 hari daripada tarikh yang dia tunjuk tu, maknanya less than 11 hari lah surat ni sebenarnya sampai dekat rumah. Wowww, cepat dan pantas ya!

Ok lah, tu je yang nak cerita dengan korang. Dan tempoh surat daripada google adsense untuk sampai ke rumah ni mungkin berbeza daripada segi kawasan tempat tinggal masing-masing tau. Yang mana pernah terima surat daripada google adsense ni, berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke rumah kalian? Share lah dekat ruangan komen dekat bawah ni tau.

Thanks for reading! 

~

Follow me:

20 comments

  1. Tahniah,, first time dapat surat adsense pun gembira benar hahaha~
    Btw sy follow ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnn.. tak sabar pulak nak dapat duit.. eheheee

      Delete
  2. belum dapat duit lagi ni..hehe

    nice sharing :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita.. menunggu duit masuk dengan sabarnya.. kahkahkah

      Delete
  3. wahh, dah sampai. Happy kan bila dah terima pin ni. hihi

    singgah follow..")

    ReplyDelete
  4. lebih kurang mcm awak jugak, tak lama tunggu surat tu sampai rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. betul2.. ingatkan sampai sebulan.. rupanya cepat lah jugak surat tu nak sampai dekat rumah.. hehehee

      Delete
  5. yes! dulu pun masa sampai, excited gila. rasa nak dapat duit je. padahal jauh lagi haha

    ReplyDelete
  6. chaiyokkk! jom sama2 kita menabung!

    ReplyDelete
  7. Tahniah!! saya pun baru dapat notification pasal pin. jd tgh tunggu surat sampai.follow sini..:D

    ReplyDelete
  8. Sudah 40 hari tak sampai2 , macam mana akak dia hantar guna poslaju ataupon seumpama dngn nya ? Tolong balas akak hmmm . terima kasih

    ReplyDelete
  9. sama la saya pon dah.40 hari x dpt lagi..dieorg hantar pakai apa ye? pos laju ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh yeke.. saya tak pasti mereka pakai courier apa sebab jenis surat kan.. takde sampul courier poslaju atau seumpama dengannya.. mungkin sebab sekarang musim pandemic, tu yang lambat kot..

      Delete
  10. wahh seronok nya bace n tahniah..hehehhe good sharing kak..insha Allah saya suatu hari nanti..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. insya Allah.. boleh punya yang penting kena konsisten

      Delete
  11. Alhamdulillah, moga bertambah rezeki, inshaAllah.

    ReplyDelete