Resepi Ayam Masak Merah

Assalamualaikum & hi :)

Bertemu kita dalam rancangan baru “masak bersama ekin”. Wuhuuuuuu. *tepuk tangan 2x
Sebenarnya dah lama ekin nak buat segmen “masak bersama ekin” walaupun tak berapa nak mahir lagi bila masuk dapur. Ohok ohokk *buat-buat batuk.

Tujuan dia cuma satu je. Resepi ni kan daripada mak ekin sendiri. Mak ekin ni kalau bab-bab memasak, memang kalah chef 5 bintang dekat hotel tu. Tu yang nak tahu rahsia air tangan mak ekin ni. Kita pun nak jugak jadi tukang masak yang berjaya.


Resepi yang pertama ni adalah ayam masak merah. Untuk resepi ayam masak merah ni sesuailah kalau dimakan bersama dengan nasi tomato. Kalau nak makan dengan nasi putih pun boleh ajeh. Engkorang tengok lah ni, ayam ni pun kita photoshoot terus dari kuali legend ni.

Ok, bahan-bahan ada dekat bawah ni:

Ayam goreng (6-7 ketul)
ayam ni dah digoreng awal-awal tau

Bawang besar (2 biji - dihiris)
Bawang holland (1 biji - dihiris)
Halia (besar ibu jari - dihiris)

Cili giling
Gula
Garam
Serbuk perasa (Knorr Pasti Sedap)
Sos tomato (Life Sos Tomato)
Sos cili (Life Sos Cili)

Sedikit air

Ok. Jom kita start!


Mula-mula sekali macam biasa kita kena panaskan minyak terlebih dahulu. Dah panaskan tu, masukkan bawang dengan halia yang dihiris tadi ke dalam kuali legend kita. Tumis sampai naik bau.


Agak-agak dah naik bau tu, masukkan cili giling. Lepastu goreng sampai dia garing sikit. Cili giling ni dalam 1 senduk nasi lebih sikit.


Lepastu masukkan gula setengah senduk nasi, garam sikit dengan serbuk perasa sikit. Kacau sampai semua sebati. Dah kacau tu, masukkan pula sos tomato dengan sos cili.

Sos tomato ni masukkan sampai kuah dia jadi macam likat sikit. Sos cili ni kita masukkan sebab nak adjust rasa dia taknak bagi masam sangat. Part ni korang kena pandai-pandai adjust sampai rasa yang korang nak tu menjadi.

Kalau rasa pedas, tambahkan gula. Nak bagi ada rasa sikit, tambahkan serbuk perasa sikit.


Lepastu, tambahkan sedikit air sebab nak bagi kuah dia cair sikit. Air tak perlu tambah banyak-banyak. Agak-agak je. Rasa dah cair sikit daripada sebelumnya, ok lah tu.


Bila sambal ni dah mendidih, masukkan ayam goreng dalam sambal ni. Lepastu gaul sampai sebati.


Dah siap dah ayam masak merah kita. Nampak senang je kan? Tapi yang bertarung dekat dapur tu, dia jelah yang tahu. Kalau boleh nak pakai perisai bila masak dekat dapur ni. Tung tang tung tang berlawan dekat dapur.

Apapun,  selamat menjamu selera bersama seisi keluarga. Siapa yang nak cuba resepi ni, dipersilakan. Tips dia korang kena pandai adjust sampai rasa tu menjadi. Tips penting daripada mak ekin pula, brand bahan-bahan yang kita pakai ni pun penting juntuk menjamin kesedapan masakan kita tau.

Dekat atas tu ekin ada mention brand jenama apa yang ekin pakai.

Tapi, kalau korang takde nama brand yang ekin guna tu. Korang pakai jelah apa yang ada dekat rumah. Jangan pulak semata-mata nak ikut resepi ni, korang pergi pasaraya terus nak cari brand yang sama. Balik rumah nanti letih, tak jadi pula nak masak.

Ok, kalau korang ada resepi ayam masak merah yang sedap-sedap jangan lupa share dengan ekin dekat ruangan komen di bawah ni. Boleh ekin cuba nanti.

Ini sahaja resepi ayam masak merah dalam segmen “masak bersama ekin”. Selamat mencuba!

3 comments

  1. Menarik sungguh nampak ayam masak merah tu..

    ReplyDelete
  2. Nak beli ayam segar yang dihantar dengan lori makanan dari pasar raya hujung minggu ini dan try resipi ini! Thanks for sharing dan gambarnya nampak sedap!

    ReplyDelete